Sunday 1 April 2012

KEKAL MEWAH MULA PRO-AKTIF

Oleh : CHANG SHAK HUNG

SABAHKINI.NET menerima aduan daripada penduduk di Wisma Wemin di Jalan Leila berhubung beberapa masalah setempat, telahpun ditinjau pada petang Khamis bersama-sama dengan Cik Liana, wakil daripada kontraktor Pembinaan Kekal Mewah (PKM) serta pengadu di kawasan berkenaan.

Aduan daripada penduduk berhubung dengan masalah longkang tersumbat telahpun diajukan kepada PKM di sebelah pagi dan pada tinjauan kira-kira jam 5 petang, ia telahpun mula dibersihkan oleh pihak PKM.

Selain itu juga, masalah ketiadaan penutup tong sampah di lokasi berkenaan, telahpun diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan melalui e-aduan dan ketiadaan penutup tong sampah ini telahpun berlanjutan selama 1 tahun dan masih tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Di samping itu juga, hujan lebat sejak tahun lalu telah menyebabkan tanah melalui lereng-lereng bukit terhakis dan ia telah menyebabkan lokasi tersebut dipenuhi dengan tanah lebih-lebih lagi parit utama, telahpun mencapai ke paras yang tinggi.

Aduan tersebut juga telah dilaporkan kepada pihak MPS dan melalui maklum-balas daripada pihak MPS, perkara ini telah diajukan kepada Jabatan Kerja Raya JKR Kawasan Sandakan yang telah mengambil tindakan segera.

Penduduk Taman Wemin mengucapkan terima kasih kepada kontraktor Pembinaan Kekal Mewah kerana telah mengambil inisiatif yang drastik dalam setiap aduan yang diajukan kepada mereka dan pihak MPS juga mampu menyelesaikan setiap aduan dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab.

6 comments:

  1. kontraktor seperti inilah yang kita mahu, bertanggungjawab dan telus dalam menjalankan kerja.

    ReplyDelete
  2. Bersikap proaktif dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Masalah seperti ini sebenarnya bukan berlaku sekali dua saja jadi perlu peka dengan keadaan.

    ReplyDelete
  3. Nampak pendedahan masalah tersebut tidak sia2. Wakil kontraktor tu datang untuk meneliti masalah2 tu. Diharap dapat diselesaikan secepat yan gmungkin.

    ReplyDelete
  4. saya harap kekal mewah akan terus pro-aktif tanpa perlu ada musim.. kerajaan juga perlu ambil tindakan terhadap mana2 kontraktor yang gagal melaksankan projek2 kerajaan atau lembab..

    ReplyDelete
  5. paling manang tu baju merah sama baju putih..siap spek naik atas lagi hahahaha

    ReplyDelete