Thursday 26 April 2012

KENAPA RAKYAT SABAH HARUS PILIH STAR?



Oleh : MASLAN MAGINDA

SENARIO politik di Malaysia hari ini sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS kerana kerajaan persekutaan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah walaupun tanpa Sabah dan Sarawak.

Datuk Dr Jeffery Kitingan Pengerusi Parti STAR Sabah, telah menjelaskan kepada rakyat di seluruh negeri ini agar memilih parti STAR pada pilihanraya ke 13 untuk menyelamatkan Sabah daripada terus dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang dilihat sudah menjajah Sabah dan sewenang-wenangnya melanggar Perjanjian Malaysia.

STAR adalah sebuah parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Datuk Dr Jeffery juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah, yang STAR akan menyelesaikan segala isu yang membabitkan hak-hak rakyat apabila STAR memerintah nanti.

Beliau telah menjelaskan, bahawa parti-parti daripada Semenanjung yang datang ke Sabah bukan untuk benar-benar memberikan pembangunan, tetapi mereka hanya mendapatkan undi rakyat dan mengikis kekayaan Sabah sahaja. Oleh itu, rakyat perlu menolak parti daripada Semenanjung dan memilih parti STAR supaya hak-hak rakyat Sabah boleh mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Parti STAR tidak serupa dengan parti-parti yang lain yang hanya mahukan kedudukan dan kepentingan peribadi. Perjuangan kepimpinan Datuk Dr Jeffery terbukti sentiasa konsisten sejak beliau terlibat dalam politik di Sabah di tahun-tahun 1980-an. Perjuangan beliau adalah menuntut Perjanjian Malaysia dan mendapat semula hak-hak yang dijanjikan dalam 20 Perkara tetapi telah dihakiskan kerana permainan agenda para pemimpin Malaya.

Rakyat Sabah harus bangun daripada tidur dan keluar daripada genggaman penjajahan Malaya yang telah memperbodohkan para pemimpin dan rakyat Sabah selama hampir setengah abad lamanya. Rakyat Sabah tidak ada pilihan lain untuk keluar daripada mulut naga selain daripada kuasa cahaya bintang dari Borneo.

Rakyat Sabah tidak harus segan atau malu, juga tidak harus ragu-ragu dan takut dengan ugutan para pemimpin Malaya hari ini kerana mereka hanya tahu menakut-nakutkan, menipu dan memberi rasuah, seperti bantuan BR1M, E-Kasih, 1Azam, 1Care dan projek-projek yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat, tetapi hanya mengisi kantung rasuah pasra kroni mereka sahaja.

Mereka memberi suapan dengan bantuan-bantuan kewangan yang hanya berupaya membantu kita hanya beberapa ketika. Kenapakah mereka gagal membangun ekonomi kita agar kita menjadi makmur dan tidak payah lagi disupa seperti budak-budak dari semasa ke semasa?

Barisan Nasional dan UMNO telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai  'Simpanan Tetap' bagi kemenangan mereka untuk terus memerintah negara, dan ini telah memberikan peluang kepada STAR muncul untuk menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak.

Rakyat tidak perlu bimbang untuk memberikan sokongan kepada STAR, kerana pemimpin yang memandu parti ini adalah pemimpin yang berwawasan dan berkepimpinan taraf antarabangsa dengan minda global yang tidak ada tandingnya di kalangan pemimpin-pemimpin di Sabah mahupun di Malaysia.

Lihat sahaja bagaimana Dr. Jeffrey telah terbukti hanya satu-satunya manusia di dunia yang telah memikirkan begitu banyak perkara-perkara canggih yang tidak dapat difikirkan oleh para pemerhati dan penganalisis politik yang lain. Dialah juga merupakan pemimpin berani yang pertama kali menimbulkan isu 20 Perkara, menyebabkan Kuala Lumpur tidak dapat tidur lena hingga beliau dimasukkan ke universiti Kamunting selama hampir tiga tahun.

Dia juga yang telah menubuhkan KDI (sekarang berubah nama Borneo Heritage Foundation atau BHF), Borneo Dayak Forum, Common Interest Group Malaysia (CIGMA), dan seterusnya menubuhkan United Borneo Front (UBF), yang telah membawa kepada penubuhan State Reform Party (STAR) di Sabah dengan landasan perjuangannya Agenda Borneo, iaitu memperjuangkan hak-hak dan autonomi Sabah dan Sarawak. Beliau juga telah merealisasikan kewujudan United Borneo Alliance (UBA) atau Pakatan Borneo.

Sebelum ini, Dr. Jeffrey juga yang telah memikirkan untuk menubuhkan Institute for Public Policy Analysis (IPPA) yang kemudiannya bertukar menjadi Institute for Development Studies (IDS) di akhir dekad 1980-an.

Sewaktu menjadi Pengarah Yayasan Sabah, Dr. Jeffrey telah menubuhkan unit Pembangunan Insan, sesuatu unit yang luarbiasa yang mana telah berjaya membimbing ramai belia Sabah menjadi berjaya sebagai usahawan.

Malah, dialah juga yang telah memikirkan slogan sorakan kita ”Ini kali lah!” yang kini diteriakkan di mana-mana dan menaikkan semangat rakyat Sabah untuk melawan BN.

Bila nanti Dr Jeffery yang memandu Sabah selepas pilihanraya nanti, ekonomi rakyat pasti berubah dan pembangunan luar bandar akan terlaksana dan lancar dengan pengurusan sumber ekonomi kita lakukan sendiri tanpa banyak mengharap bantuan kewangan daripada Kuala Lumpur.

Sabah dan Sarawak mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti minyak, getah, kelapa sawit, pelancongan, perikanan dan hasil pertanian lain. Semua sumber ini akan menjadi pemangkin ekonomi rakyat Sabah tanpa batasan. Sabah harus mengawal dan menguasai sumber-sumber semulajadi pemberian Tuhan kepada. Hasil Sabah adalah hak orang Sabah, bukan hak orang Malaya.

Kesimpulannya Rakyat Sabah harus menolak kerajaan kukuh besi dan politik kotor. Masa depan rakyat Sabah adalah di tangan kita!

Saya menyokong pendirian STAR bahawa: Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? INI KALI LAH!

Kali ini kita harus menang dan tidak ada lagi lain kalinya! Hari ini kita yang akan menentukan hak dan kekayaan kita! Jangan lagi kita diperbodohkan oleh kata-kata manis mereka dan suara lembut serta rayuan atau pujukan parti-parti daripada Malaya.

Undilah parti yang memperjuangkan Agenda Borneo, parti STAR, parti yang bintangnya sudah bersinar cerah di Negeri Di Bawah Bayu!

35 comments:

  1. I don't think STAR will be a better choice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAR indeed new, should first proven their capabilities.

      Delete
  2. Berjuang untuk Sabah memang baik namun usaha dengan pembangkang bukanlah suatu usaha yang baik .

    ReplyDelete
  3. bagaimana Star mahu pastikan undi rakyat berpihak kepadanya sedangkan sudah pasti parti2 pembangkang lain seperti PR dan SAPP akan bertanding di sabah yang mana hanya akan memecahkan undi pembangkang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAR mungkin lebih baik kalau bergabung dengan pihak pembangkang yang lain.

      Delete
  4. jika Star tidak dapat mencari formula yakin menang maka LAIN KALI LAH!

    ReplyDelete
  5. w/pun JK menggunakan pendekatan drastik iaitu bertanding di semua kawasan 60/26, namun adakah JK pasti peratus undi yang mencukupi untuknya membentuk kerajaan baru, memihak kepada Star?

    ReplyDelete
  6. It all depends on how the people see Star through their own eyes.

    ReplyDelete
  7. In the end, its al up to the people. All the best to star and the rest of the parties. may the best party win!

    ReplyDelete
  8. I'm sorry to say this but STAR is not a good party either.

    ReplyDelete
  9. STAR is a leftover party and how should I put my trust on it?

    ReplyDelete
  10. As far as I concerned, STAR is not strong enough to battle with BN .

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAR masih baru di Sabah dan perlu lebih banyak pengalaman lagi.

      Delete
  11. terpulang pada rakyat Sabah nak pilih parti mana yang mereka inginkan.

    ReplyDelete
  12. STAR, you're not convincing enough though your struggles are relevant.

    ReplyDelete
  13. Let the people decide who they want to represent their voice.

    ReplyDelete
  14. Rakyat harus pandai menilai siapakah sebenarnya yang berkebolehan membawa Sabah ke peringkat yang lebih berkembang.

    ReplyDelete
  15. Lets see how far STAR can go in coming election.

    ReplyDelete
  16. Sekiranya JK mahu PR fokus di semenanjung, Star harus fokus di Sarawak. Sebab Star asal Sarawak...

    ReplyDelete
  17. Parti baru mungkin masih kurang sambutan di Sabah.

    ReplyDelete
  18. kenapa pula mahu pilih STAR?? pilih la parti 100% tempatan.. STAR parti Sarawak.. sama juga dengan Pakatan..

    ReplyDelete
  19. saya harap rakyat tidak memilih parti yang secara terang2 pentingkan diri sendiri.. jika benar STAR mahu menyelamatkan Sabah, STAR tidak sepatutnya bertanding di semua kerusi di Sabah..

    ReplyDelete
  20. I doubt STAR can matched with what the present government has provided for the people of Sabah. Barisan Nasional (BN) Government will never break its promises: Barisan would also never disregard the people's requests.

    ReplyDelete
    Replies
    1. With 50 years of experience running the country, only the BN Government is capable of developing the country and its people.

      Delete
    2. The development enjoyed by the people such as electricity, water, roads, schools and institutes of higher learning such as Universiti Malaysia Sabah (UMS), were made possible because of the Barisan Nasional.

      Delete
    3. This is because of the leaders who place the people foremost in their minds when planning for the country.

      Delete
    4. To this, the people to continue supporting the government especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman.

      Delete
    5. BN has already proven itself and this is evidenced with its vision and mission aimed at enhancing the people's lives irrespective of their race, religion and locality. The BN Government is indeed a government that fulfils its promises.

      Delete
    6. When Najib was appointed the sixth Prime Minister, he planned various strategies so as to help people with low income.

      Delete
    7. The Federal Budget 2012 is one example where it is geared towards improving the people's lives. In education, aid is provided to the pupils including secondary students and also students at institutes of higher learning.

      Delete
    8. There is also a special fund to repair schools, purchasing of equipment and construction of additional blocks.

      Delete
    9. In addition, the government also conducts various programmes to spur the people's economy from time to time.

      Delete
    10. To top it up, the government also distributes aid directly to the people via its transformation programmes such as the First House Scheme, 1Malaysia Housing Scheme, Fishermen Housing Scheme and People's Friendly Housing Scheme.

      Delete
    11. The government recently distributed RM500 to each family that earns less than RM3,000 a month. In Sabah, almost 356,000 people have received the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) scheme.

      Delete