Wednesday 4 April 2012

KETUA BAHAGIAN ATAU PEMEGANG MOHOR RAJA-RAJA?



Oleh : MUTALIB M.D

TINDAKAN Ketua Bahagian UMNO Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur membuat pengumuman cadangan bakal calon di kerusi Parlimen Silam dan DUN Lahad Datu, Tungku dan Kunak disifatkan seperti pengumuman penentuan hari raya Puasa oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja.

"Apakah locus standi Nasrun membuat kenyataan terbuka termasuk membuat kenyataan akhbar sedangkan kuasa pemutusan calon milik Presiden UMNO saetelah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Majlis Tertinggi UMNO," kata AJK UMNO Silam, Abdul Hakim Ghulam Hassan.

Tindakan liar dan di luar tabii UMNO yang dilakukan Nasrun, kata Abdul Hakim mencerminkan UMNO Silam milik peribadi Nasrun kerana menggunakan kuasa vetonya untuk membacakan senarai cadangan calon tanpa melalui perbincangan dengan AJK Bahagian.

'Pendedahkan senarai calon ini akan melemahkan parti dan sewajarnya tidak berlaku ketika UMNO Silam dalam keadaan terumbang ambing sejak diketuai Nasrun," kata Abdul Hakim yang memaklumkan bahawa cara kemenangan Nasrun pada 2008 diragui semua ahli UMNO seperti yang dimuatkan dalam Videoklip 'Silap Mata Umno Silam'.

Menurut Abdul Hakim, beliau dan semua AJK UMNO Silam telah dijemput menghadiri mesyuarat baru-baru ini, tetapi apa yang berlaku hanyalah pembacaan pengisytiharan bakal calon yang dilakukan oleh Nasrun sendiri tanpa persetujuan Jawatankuasa UMNO Bahagian Silam.

Dalam pengumuman ala pengisytiharan hari raya puasa itu, kata Abdul Hakim, Nasrun mengumumkan bahawa UMNO Silam mencalonkan beliau sendiri (Nasrun), Aljen Johnny, Amat Kaoh dan Rahman Kassim sebagai calon ADUN Lahad Datu.

Manakala bagi DUN Tungku, Nasrun mencalonkan Datuk Suhaili Mohd Said, Mohamad Serangit dan Mizma Apehdullah. Begitu juga dengan DUN Kunak, Nasrun telah mencalonkan Datuk Nilwan Kabang, Bernama Kauluh, Herman Rahim dan Datuk Jasa Haji Rauddah.

Kata Abdul Hakim lagi, bagi Parlimen Silam, Nasrun menggugurkan nama Salleh Kalbi sebaliknya mencalonkan dirinya sendiri (Nasrun), Haji Mahil Kamaruddin, Saleha Abdul Wahid dan Ali Andu Injil.

Sehubungan itu, Abdul Hakim menggesa agar Nasrun tidak mengulangi kesilapan beliau mentadbir urus UMNO Silam, terutama menyemai bibit perpecahan kerana akibat pengumuman senarai calon secara terbuka itu menyebabkan ada pihak yang kecewa dan tidak diberi peluang; apatah lagi jika yang dicalonkan bukan Anak Jati Silam sebagaimana yang diwar-warkan Nasrun sebelum ini.

"Kita bukan tamak atau ghairah menjadi calon, tetapi biarlah saksama dan kita serahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Presiden UMNO untuk menentukan siapa yang layak menjadi calon," kata Abdul Hakim yang juga Ketua Pemuda USIA Sabah.

10 comments:

  1. Nasrun's statement is only his own opinion towards the matter and does not represents the party itself.

    ReplyDelete
  2. Let the party leaders to decide who will be the best man to represent the party as candidate during the next general elections.

    ReplyDelete
  3. itu hnya cadangan dia, yang menentukan adalah ketua parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucuk pimpinan yang akan menentukan segalanya dalam parti.

      Delete
  4. kita tgklah siapa yang akan dicalonkan nnti.

    ReplyDelete
  5. Bukankah calon ditentukan oleh pucuk pimpinan parti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucuk pimpinan akan menentukan calon2 pada PRU13

      Delete
  6. yang pasti turunkan calon yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada penduduk.

    ReplyDelete
  7. kalau tidak silap Nasrun sudah menjelaskan perkara ini dan beliau menafikan bahawa pelantikan calon itu bukan dibuat oleh beliau sendiri..

    ReplyDelete
  8. wajarkah hanya kerana beliau mengumumkan calon, maka beliau dituduh memilih calon2 itu berdasarkan pertimbangan beliau sendiri?? atau ada pihak yang tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan??

    ReplyDelete