Friday 6 April 2012

KETUA KAMPUNG LOBONG-LOBONG DIBERHENTIKAN

MANTAN Ketua Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud, Laudi Bin Dalani telah datang ke Pejabat Perhubungan SAPP Bahagian Kota Belud pada 30 Mac 2012 untuk memohon pandangan daripada Ketua Bahagian N7 Kadamaian, Puan Agnes Liewpin berkenaan surat penamatan perkhidmatan beliau selaku Ketua Kampung dengan serta merta tanpa sebab-sebab yang memuaskan.

Mengikut aduan beliau, kebetulan beliau datang ke Pejabat Mahkamah Kota Belud untuk mendapatkan perkembangan baru tentang isu isu daerah dengan Kerani Mahkama, Laidih Bugis pada pagi 29 Mac 2012.

Kerani tersebut memberitahu ada surat untuk Ketua Kampung di Pejabat Daerah Kota Belud, maka beliau pun berjumpa dengan Pegawai Daerah Kota Belud pada masa yang sama. Beliau terperanjat apabila diberi surat penamatan perkhidmatan Ketua Kampung oleh Pegawai Daerah, di mana surat itu bertarikh 06 Disember 2011 tanpa memberi sebarang alasan yang memuaskan.

Mengikut mantan Ketua Kampung itu, beliau telah menjalankan tugasnya seperti biasa dari bulan Januari 2012 hingga Mac 2012 kerana beliau tidak tahu langsung beliau telah ditamatkan perkhidmatan bermula 31 Disember 2011 sehinggalah beliau menerima surat tersebut pada 29 Mac 2012.

Agnes Liewpin telah memberi pandangan kepada beliau untuk membuat surat rayuan kepada Pejabat Daerah agar beliau diberi pertimbangan untuk menuntut elaun yang sepatutnya iaitu bermula dari bulan Jan hingga Mac 2012, disebabkan beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung sejak tahun 1996 lagi.

Laudi kecewa dengan layanan yang di beri kepada beliau kerana cara ini bertentangan dengan saranan Perdana Menteri iaitu Gagasan 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan. (MEDIA SAPP)

No comments:

Post a Comment