Saturday 7 April 2012

KG SRI BAHAGIA TERUS MENDERITA DI BAWAH BN


Saudara Pengarang,

KG Sri Bahagia di Mostyn, Kunak sudah wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, tetapi sehingga kini penduduknya belum menikmati bekalan air paip.

Apakah yang kerajaan Barisan Nasional buat selama ini untuk membekalkan bekalan air bersih ke kampung tersebut? Entah apa sebabnya, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) tidak masuk ke kampung berkenaan.

Nampaknya, saranan Perdana Menteri dan janji Kerajaan BN untuk menaiktaraf prasarana luar bandar di bawah NKRA Luar Bandar melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hanyalah janji kosong yang tidak berkesudahan.

Penduduk di sana masih DAHAGA pembangunan. Saya diberitahu ada penduduk yang 'ditegah' oleh pihak pengurusan syarikat perladangan berhampiran daripada mengambil air dari sumber 'mata air' yang terdapat di Mostyn.

Persoalannya, siapa yang harus diutamakan? Sime Darby atau pengundi/penduduk kampung yang akan menentukan jatuh bangunnya kerajaan BN sekarang?

Salam Hormat,

IBRAHIM TABIR

4 comments:

  1. bekalan air perlu diberikan di Kg tersebut, mereka dah lama menantikannya.

    ReplyDelete
  2. Orang yang mengendali projek tu harus dirujuk dan bertindak segera untuk memberi bekalan kepda kg tu.

    ReplyDelete
  3. Semoga bekalan air bersih akan diberikan kepada penduduk kampung ini. Bekalah air bersih merupakan keperluan harian yang penting.

    ReplyDelete
  4. buat la aduan terus kepada KKLW.. kementerian itu yang bertanggungjawab melaksanakan kerja2 menaiktaraf kemudahan prasarana di kawasan luar bandar..

    ReplyDelete