Monday 23 April 2012

KLINIK DESA MANTANANI DISENARAI 2013



CENDERA KENANGAN………Dr. Eddy Tong, Pengarah Kesihatan Hospital Kota Belud (dua dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Abdul Rahman (tiga dari kanan) sebagai tanda penghargaan merasmi majlis itu.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

AHLI PARLIMEN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata cadangan membina sebuah Klinik Desa di Pulau Mantanani akan disenaraikan dalam ‘RMK10 Rolling Plan Bahagian Kedua’ yang akan bermula pada tahun 2013.

Menurut Abdul Rahman, tiga minggu yang lepas beliau telah berjumpa dengan Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai bersama dengan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan secara peribadi memohon kepada Menteri berkenaan untuk membina sebuah Klinik Desa di Pulau Mantanani.

Katanya, dalam perjumpaan tersebut Datuk Liow Tiong Lai telah bersetuju untuk menyenaraikan projek tersebut dalam ‘RMK10 Rolling Plan Bahagian Kedua’ yang akan bermula pada tahun hadapan.

RMK10 dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Rolling Plan Bahagian Pertama, Rolling Plan Bahagian Kedua dan Rolling Plan Ketiga, Rolling Plan Bahagian Pertama akan berakhir pada tahun 2012.

“RMK10 Rolling Plan Bahagian Kedua akan bermula pada tahun 2013, saya akan pastikan Klinik Desa ini akan wujud di Pulau Mantanani dalam RMK10 Rolling Plan Bahagian Kedua, ini penting bagi memastikan kesihatan penduduk di pulau ini terutamanya kepada para ibu mengandung serta anak-anak di pulau ini dapat dijamin dan dapat dirasai di kampung ini.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kem Perubatan anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kota Belud yang telah diadakan di Pulau Mantanani, dekat sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga selaku Setiausaha Barisan Nasional Sabah turut memberitahu bahawa masalah bekalan letrik di pulau itu turut telah beliau suarakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya lagi, ketika menemui Menteri berkenaan beliau memohon agar bekalan letrik di Pulau Mantanani yang ada sekarang hanya beroperasi 12 jam sehari dilanjutkan operasinya ke 24 jam sehari.

“Secara lisannya Menteri berkenaan bersetuju untuk menangani masalah tersebut, secara peribadi saya melihat keperluan ini amat penting kerana sekolah di pulau ini memerlukan perkhidmatan bekalan letrik selama 24 jam selain dapat memberi keselesaan kepada penduduk pulau ini secara keseluruhannya.” tambahnya lagi.

22 comments:

  1. Diharap bukan persetujuan lisan saja tapi persetujuan yang sah dan ada hitam putihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh kalau mulut saja mesti ada sign..

      Delete
  2. Wakil rakyat dan menteri perlu proaktif dalam membawa pembangunan ke kawasan yang memerlukan. Kemudahan asas seperti klinik desa ini tentu akan membawa banyak kebaikan kepada penduduk di Pulau Mantanani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...wakil rakyat yang proaktif dan peka dengan permasalahan rakyat akan disayangi dan disokong oleh rakyat.

      Delete
  3. diharap klinik desa tersebut akan dibina dan siap mengikut perancangan yang telah dirancang.

    ReplyDelete
  4. Memang wajar dapat klinik desa ni lagipun Pulau ni juga salah satu dari pulau yang jadi tarikan pelancong. agak ganjil kalau tidak dilengkapi dengan kemudahan dan mundur dari pelbagai aspek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga ada klinik desa di Pulau. Kalau sakit tidak payah pergi jauh lagi untuk rawatan

      Delete
  5. Klinik Desa harus dibina lebih byk dalam membantu penduduk dalam mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete
  6. Pembinaan klinik desa ini sememangnya dapat membantu penduduk untuk mendapat rawatan bagi penyakit yang tidak serius.

    ReplyDelete
  7. saya harap DARD dapat follow up projek ini sehingga ianya benar2 dilaksanakan..

    ReplyDelete
  8. Ministry of Health Malaysia is deeply committed to improving the quality of health services in the State.

    ReplyDelete
  9. Deputy Minister of Health, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, said various measures are being implemented to achieve the goal of providing better service to the people of Sabah.

    ReplyDelete
  10. She added that among the steps to improve the quality of health services would be the deployment of family health specialists in health clinics.

    ReplyDelete
  11. Health services in various health clinics have been enhanced with the deployment of family health specialist. At the present moment, there are 13 family health specialist emplaced in health clinics in Telupid, Beluran, Lahad Datu, Semporna, Menggatal, Luyang, Penampang, Putatan, Sandakan, Tamparuli, Tuaran, Apin-Apin, Keningau; Nabawan, Beaufort and Apas Balung, Tawau.

    ReplyDelete
  12. She disclosed that the emplacement of family health specialist had contributed to the improvement in the quality of clinical services.

    ReplyDelete
  13. This is beneficial to the community where the health clinics operate because patients received quality treatment and counseling which is efficient and effective.

    ReplyDelete
  14. Patients would not be required to be referred to the hospital and thus reduce the costs incurred by the patient.

    ReplyDelete
  15. Rosnah added that the Medical Department, Sabah plans to put at least one family health specialist in areas that do not have one as in Tawau, Kunak, Beluran, Kudat, Pitas, Tenom and Kinabatangan by the year 2013. She said this in a statement here yesterday.

    ReplyDelete
  16. According to Rosnah for Sabah, until today, six 1Malaysia Clinics (K1M) are fully operational with two in Penampang (in Bundusan Square and Taman Ketiau), one in Taman Pengalat Besar in Papar, one in Bandar Sri Indah in Tawau district, one at Maju Shopping Centre in Kudat district and one in Taman Sri Rugading Tuaran district.

    ReplyDelete
  17. She disclosed that another clinic is in the process of being set up in Marudu district. For the information of all, there are actually two 1Malaysia Clinics operating in 2010, which is in Sulaman Central, Kota Kinabalu and another at Bandar Leila, Sandakan that is now being upgraded to a health clinic because of the increasing number of patients coming for treatment at the clinics.

    ReplyDelete
  18. With the upgrade to the status of health clinic, a medical officer would be stationed at each of the clinics. For the year 2012, the Ministry of Health will establish 13 1Malaysia clinics in Sabah, of which six will be in Kota Kinabalu district, 2 in Penampang district, 2 in Sandakan and one each in Beaufort, Tawau and Keningau.

    ReplyDelete
  19. If the plan to create 1Malaysia clinics materialize, Sabah will have 20 1Malaysia clinics making it the state with the most numbers of 1Malaysia clinics in Malaysia.

    ReplyDelete