Wednesday 25 April 2012

‘THE LADY’ PIKAT PERDANA MENTERI






PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyaksikan tayangan perdana filem 'The Lady' di Golden Screen Cinema (GSC) Pavillion, Kuala Lumpur.

Tayangan perdana sempena 'Voice of Children Charity Premiere' itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, lapor Bernama Online.

Filem 'The Lady' lakonan aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh sebagai pejuang demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi.

Yeoh yang turut hadir pada tayangan perdana itu menyerahkan replika cek berjumlah RM100,000 hasil sumbangan individu kepada pengerusi 'Voice of Chidren' Sharmila Sekaran.

Filem 'The Lady' arahan pengarah terkenal Perancis Luc Benson, yang terkenal dengan karya-karya sebelum ini seperti 'Nikita', 'The Fifth Element' dan 'The Messenger: The Story of Joan of Arc', memaparkan kisah hidup Suu Kyi.

'The Lady' menceritakan kisah cinta epik antara sepasang suami isteri iaitu Suu Kyi dan David Thewlis (Michael Aris) serta kedua-dua anak lelaki mereka, Alexander (Jonathan Woodhouse) dan Kim (Jonathan Ragget) yang sanggup mengorbankan kebahagiaan mereka demi pergerakan demokrasi yang diperjuangkan.

Suu Kyi merupakan anak ketiga dan satu-satunya anak perempuan kepada Aung San yang dianggap sebagai bapa pemodenan Burma (sebelum dikenali sebagai Myanmar) telah dikenakan tahanan rumah selama 15 tahun bermula 20 Julai 1989 sehinggalah dibebaskan pada 13 November 2010.

5 comments:

  1. Nampak menarik ja cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Suu Kyi pejuang demokrasi Myanmar. pasti filem ini mendpat tarikan.

    ReplyDelete
  3. Macam mahu tengok juga cerita tu

    ReplyDelete
  4. Macam best saja cerita perjuangan seorang wanita ini.

    ReplyDelete
  5. pemimpin2 politik tidak patut ketinggalan menyaksikan cerita.. sepatutnya cerita ini ditujukan kepada ahli2 politik..

    ReplyDelete