Saturday 7 April 2012

'LARANGAN' PONDAN DI TV CETUS KEKELIRUAN

ISU BERHUBUNG larangan watak pondan dan lelaki lembut di kaca televisyen ekoran percanggahannya dengan norma masyarakat beragama mengundang kekeliruan orang ramai.

Di sebalik laporan yang sama sekali bertentangan sebelum ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim akhirnya berkata perkara itu tidak benar sama sekali - penjelasan yang dibuat untuk kesekian kalinya.

"Tiada sama sekali pengharaman terhadap apa saja bentuk persembahan seni oleh mana-mana kelompok masyarakat termasuk pihak yang disebut sebagai 'lelaki lembut'," kata Rais.

Menulis di laman Twitter, menteri itu bagaimanapun berkata, kementeriannya tetap mempunyai hak untuk memilih kandungan untuk tayangan umum. (MK)

8 comments:

  1. I believe that they should not be given any form of prejudice or persecution, after all they done no harm to us.

    ReplyDelete
  2. Question of their sexual orientation are not for us to judge. The more we pass judgment on to them, them we are no different.

    ReplyDelete
  3. They are humans after all. So long as they do not commit any crime in the eyes of the law then they should be treated as as any law abiding citizen of this great nation.

    ReplyDelete
  4. pondan dan lelaki lembut tidak sama. apapun jgn biarkan budaya songsang menular di negara kita.

    ReplyDelete
  5. Lelaki yang macho2 saja dalam tv tetapi yang menonton ramai tu pondon2..hahahaa...

    ReplyDelete
  6. Ini kerana isu hubungan sejenis yang semakin memuncak. Maka kerajaan perlu menangan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. ala.. takkan isu pondan pun mahu disensasikan di media politik??

    ReplyDelete
  8. jika kenyataan atau laporan Rais berkenaan isu pondan boleh disensasikan, kenapa tidak sensasikan sekali isu LGBT yang diperjuangkan oleh Ambiga dan pakatan??

    ReplyDelete