Tuesday 3 April 2012

LEBIH RM30 BILION UNTUK SUBSIDI SETAHUN


PENGURUSAN ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga memungkinkan hampir RM3 bilion untuk berian terus bagi tahun ini.

"Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perlancaran Laporan Tahunan GTP & ETP 2012 di Kuala Lumpur, Isnin malam.

Najib berkata kerjaaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi satu juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah.

Bagi tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PRIMA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan bandar bagi golongan pertengahan, kata beliau.

"Manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi," kata Najib.

Bagi perumahan kawasan luar bandar, Najib berkata, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah," kata beliau.

Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan, kata Najib, telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh lima tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

"Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir empat juta rakyat Malaysia,

"Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini," kata Najib.

Antara langkah jangka pendek bersifat "one off" atau sekali sahaja yang telah dilaksanakan bagi 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BRIM, sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3,000.

"Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah,"

Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara," menurut Najib.

Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan.

"Baucer buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM3 billion," kata Najib. (Bernama)

15 comments:

  1. The Federal Government should review the subsidies that was given, those subsidies which are not needed can be cut down to focus on necessities.

    ReplyDelete
  2. I think the BR1M and 1 Malaysia school vouchers are good move to help reduce the people's burden for a short period. However, long term measures is still needed to combat the poverty issues.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM sendiri ada mengatakan bahawa BR1M mungkin akan dilanjutkan pada tahun2 seterusnya jika ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat. Namun, bagi pendapat saya, program latihan dan kemahiran itu lebih baik berbanding dengan pemberian wang 'cash' kerana ia dapat dimanfaatkan oleh rakyat dalam jangka masa yang panjang.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. In Malaysia, street protests were brutally quashed in 2008 following an oil subsidy cut, after which the coalition lost a third of parliamentary seats and control of five states to a resurgent opposition.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia’s domestic trade, cooperatives and consumerism ministry reaffirmed recently the government would not hike the subsidized fuel price, despite sharply increasing oil prices.

      Delete
    2. The Malaysian government spent around 20 billion ringgit ($6.5 billion) on fuel and cooking gas subsidies last year, almost double what it spent in 2010.

      Delete
    3. Malaysia subsidizes 0.93 ringgit ($0.30) per liter of petrol, with the last increase in December pushing pump prices to 1.90 ringgit.

      Delete
    4. Malaysia is the second-cheapest Asian nation for fuel, and 10th cheapest globally, according to Australia-based statistics site NationMaster.com.

      Delete
  5. kerajaan begitu prhatin dalam kurang kan beban rakyat, jika tiada subsidi pasti semua rakyat akan susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada juga pihak yang mengambil kesempatan ketika kerajaan mengenakan subsidi ke atas barang keperluan rakyat seperti gula, minyak dan sebagainya dengan menyeludup barangan tersebut ke negara jiran.

      Delete
  6. Subsidi harus diberi mereka yang benar2 memerlukan.

    ReplyDelete
  7. Kita nampak usaha kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat dengan memberikan pelbagai subsidi untuk mereka.

    ReplyDelete
  8. Harap subsidi yang diberikan itu akan diurus sebaiknya. Kerajaan perlulah bijak menguruskan kewangan bagi memastikan ekonomi Negara akan terus stabil.

    ReplyDelete
  9. dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan BN kejam ekoran kenaikkan harga barang dan bahan api sama sekali tidak tepat.. lihat saja berapa juta kerajaan rugi akibat dari penyeludupan barang keluar?? ini membuktikan barang2 kita murah berbanding dengan barang2 di negara jiran..

    ReplyDelete