Tuesday 3 April 2012

LONGKANG INDAH JAYA TELAH DIBERSIHKAN

Oleh : CHANG SHAK HUNG

SYARIKAT Konsesi, Pembinaan Kekal Mewah Sdn.Bhd telah memulakan tugas penyelenggaraan longkang di Lorong 8, Fasa 1, Taman Indah Jaya hasil usaha Sabahkini.net yang menyalurkan aduan pengadu, Cik Lilian kepada syarikat konsesi berkenaan.

Menurut Cik Lilian, longkang tersumbat ini telahpun berlanjutan selama hampir setahun dan semasa tinjauan dibuat, punca aliran air longkang tersumbat telah dikenalpasti berpunca daripada dinding longkang di susur masuk ke Lorong 8, telah runtuh dan menghalang laluan air.

Jelas kelihatan jejentik nyamuk kelihatan di dalam air longkang yang bertakung.

Bagi pihak penduduk Taman Indah Jaya, Lilian amat berterima kasih kepada wakil Pembinaan Kekal Mewah, Cik Liana dan pasukannya kerana begitu komited dan drastik dalam menjalankan tugas setelah aduan diajukan kepada mereka.

7 comments:

  1. Good job from Indah Jaya Sdn Bhd for taking actions to resolve the problems which are raised up by the citizens. Hope that the job will do conducted smoothly.

    ReplyDelete
  2. The drainage system should always be kept clean to prevent flooding problems as well as becoming the breeding grounds of dengue mosquitoes.

    ReplyDelete
  3. Menjadi tanggungjawab penghuni di kawasan ini untuk sama2 menjaga kebersihan persekitaran mereka. Jangan berharap pada pihak berkuasa semata2.

    ReplyDelete
  4. bgslah,,moga lebih byk longkang akan dibersihkan.

    ReplyDelete
  5. Ok la tu. Kerja2 membersihan sudah dilaksanakan.

    ReplyDelete
  6. Baguslah kalau syarikat tersebut telah melakukan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada Sabahkini dan juga Kekal Mewah..

    ReplyDelete