Monday 16 April 2012

MADU 3 ‘DATUK S’



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

SKANDAL seks ‘Datuk S’ semakin menarik berikutan lebih 12 laporan polis telah dibuat terhadap ‘Datuk S’ oleh pelbagai pihak termasuk DAP, PKR dan NGO; tidak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) yang dikhabarkan melakukan tangkapan khalwat terhadap ‘Datuk S’ di Hotel Hyyatt Kinabalu sedikit masa lalu.

Paparazzi mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan gambar Datin Nooraini Binti Othman, isteri Nombor 3 ‘Datuk S’ yang dikhabarkan bernikah di Thailand tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia kerana tidak mendapat persetujuan isteri pertama (Datin J), malah menurut khabar rakan Paparazzi, Datin J tidak tahu ‘Datuk S’ telah bernikah dengan ‘Datin Nooraini.’

Malah isteri angkat @ gundik ‘Datuk S’ iaitu ‘Datin’ Pia Dahlan tidak mengetahui ‘Datuk S’ bernikah dengan Datin Nooraini, janda kepada Datuk Yahya, pemimpin UMNO Sabah kerana sifat ‘Datuk S’ seperti watak Jamil dalam Filem ‘Madu 3’ lakonan Allahyarham P. Ramlee.

Sebagai seorang ‘Jutawan Segera’ yang dilahirkan UMNO, Datuk S yang mendapat ‘durian runtuh’ RM500,000 sebulan setelah dilantik sebagai Pengerusi Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah, semakin menunjukkan belang sebagai kasanova termasuk menggoda anak gadis rakannya dan meniduri gadis tersebut di Hyyatt Kinabalu; dan lebih menarik, bilnya dibayar oleh Agensi Kerajaan.

Tidak siapa menyangka, sebagai ADUN yang telah menunaikan Haji di Baitullah, Datuk S, lelaki yang ‘berwajah Nabi tetapi berhati babi’, sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsu ‘kabasinya’ sekalipun mengetahui wanita tersebut isteri, tunang atau anak orang.

MEWAH.....Rumah mewah Datin Nooraini di Petaling Jaya bukti cinta Datuk S. Kereta Mewah Datin Nooraini dan Motorsikal besar Datuk S juga kelihatan diletakkan di hadapan rumah tetapi oleh kerana dilengkapi CCTV sukar didekati.

Dengan kekayaannya, ‘Datuk S’ telah merosakkan ramai wanita, namun agak menghairankan kenapa ‘Datuk S’ lebih menggemari ‘Recond atau Use Car’ kerana menjadikan ‘Datin Pia’ sebagai ‘Gundik’ dan Datin Nooraini sebagai isteri; sekalipun tanpa mendapat izin ‘Datin J’ untuk berpoligami.

Datuk S telah menyara kehidupan Datin Nooraini dengan penuh kemewahan setelah bernikah di Thailand termasuk membeli sebuah Unit Kondominium di ArmCorp Mall, Sebuah rumah di No 2, Jalan 8/12, Petaling Jaya, Selangor serta lebih 10 buah kereta kereta mewah; termasuk yang didaftarkan atas nama anak tirinya (anak Datin Nooraini dengan Datuk Yahya).

Kedai Cenderahati yang dibuka Datuk S di The Mall Kuala Lumpur telah ditutup dan Datin Nooraini kini menjadi suri rumah sepenuh masa setelah Datuk S mampu mengumpul wang yang banyak melalui Skandal Penyelewengan Subsidi, sekitar RM24 juta sejak empat tahun lalu.

Rumah mewah Datin Nooraini yang terletak berdekatan Hospital Universiti Petaling Jaya bernilai lebih RM6 juta dilengkapi dengan sistem CCTV dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi.

Siasatan Paparazzi mendapati melalui pasport antarabangsa Malaysia Datin Nooraini bernombor A12935855, tarikh akhir beliau meninggalkan negara untuk ke Bangkok, Thailand pada 1 Jun 2007, mungkin tarikh ‘Datuk S’ bernikah dengan Datin Nooraini.

Sementara Paparazzi menunggu salinan sijil nikah Datin Nooraini dengan Datuk S daripada rakan Paparazzi di Selatan Thailand, dalam artikel akan datang, Paparazzi akan mendedahkan kekayaan ‘Datuk S’ yang diperolehi melalui hasil memerah keringat rakyat dan merompak pembayar cukai untuk bersenang lenang di hotel lima bintang bersama gundik, inang dan dayang!

7 comments:

  1. Macam2 isu yang keluar dekat2 PRU ni. harap siasatan dibuat untuk memastikan dakwaan ini benar atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. As a public figure, Datuk S should always be careful about his actions, whoever he is.

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan juga kemiangan si tua keladi ini ya.

    ReplyDelete
  4. Teruskan mendedahkan orang tersebut. Sememangnya ramai yang menanti siapa Datuk yang disebutkan itu.

    ReplyDelete
  5. "..sekalipun mengetahui wanita tersebut isteri, tunang atau anak orang."

    isteri dan tunang tu ok lagi.. yang pelik tu 'anak orang'.. kenapa? selama ini penduduk malaysia berkahwin dengan anak sendiri ka?? bukan dengan anak orang??

    ReplyDelete
  6. kanapa bukan paparazi sabahkini sahaja yang buat laporan polis? memandangkan paparazi sabahkini banyak menyimpan bukti2 penyelewengan Datuk S ini, adalah lebih baik jika paparazi sabahkini sahaja yang membuat laporan polis..

    ReplyDelete