Saturday 28 April 2012

MAHKAMAH LARANG BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA





POLIS akan mengklasifikasikan perhimpunan disokong pembangkang yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka Sabtu sebagai haram sekiranya penganjur, peserta dan orang awam berkeras berhimpun di lokasi tersebut, dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis telah mendapat satu perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka hingga 1 Mei.

"Sebarang pelanggaran perintah tersebut merupakan satu kesalahan mengikut peruntukan Seksyen 188 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau menegaskan larangan itu meliputi bukan sahaja penganjur dan peserta perhimpunan bahkan pelancong asing dan tempatan, orang awam dan wartawan tidak dibenarkan berada di Dataran Merdeka.

Mohmad berkata berkumpul di kawasan selain daripada Dataran Merdeka dibenarkan jika ia memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang tidak membenarkan sebarang perarakan.

Mohmad berkata berikutan perintah larangan yang dikeluarkan mahkamah itu, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup jalan di sekitar Dataran Merdeka termasuk Jalan Raja dan Jalan Sultan Hishamuddin selaras dengan ketetapan mahkamah.

Katanya polis akan menutup laluan masuk utama ke ibu negara mengikut keperluan bertujuan mengawal keselamatan awam.

Tinjauan Bernama mendapati Jalan Raja yang merupakan antara laluan utama ke Dataran Merdeka ditutup mulai tengah hari.

Kawasan sekeliling padang di Dataran Merdeka pula dipagari pengadang besi dan pita kuning bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan itu. (Bernama)

8 comments:

  1. The DBKL has urged Bersih Organizers to change their location to Stadium Merdeka instead of Dataran Merdeka.

    ReplyDelete
  2. Is it so difficult to change the location to a more suitable place?

    ReplyDelete
  3. Akhirnya,keganasan dan kekecohan juga yang mengakhiri perhimpunan ni.

    ReplyDelete
  4. akibat mereka ingkar.. kekecohan dan huru hara berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah dilarang, mahu juga buat.Jadi tu la akibatnya

      Delete
  5. Kalau macam wartawan pun patut tidak berada di lokasi2 yang dilarang..

    ReplyDelete
  6. Mungkin kebanyakkan mereka ini adalah ahli pembangkang.

    ReplyDelete
  7. penganjur2 Bersih tentu suka bila ada halangan seperti ini.. melanggar arahan pihak berkuasa juga merupakan satu provokasi..

    ReplyDelete