Sunday 1 April 2012

MALAYSIA AKAN KAWAL MEDIA DALAM TALIAN?

PINDAAN Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung bersama dengan undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata selain daripada memansuhkan keperluan pembaharuan lesen secara tahunan, kerajaan juga mengambil keputusan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini.

"Kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mempunyai 'double standard' (memberi layanan berbeza) dalam peraturannya terhadap media cetak dan media digital," katanya ketika berucap pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di Kuala Lumpur.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya.

Najib berkata langkah-langkah yang kerajaan laksanakan barang kali digemari pihak antarabangsa sehingga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada 2011 bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.

Di kalangan 178 negara yang dipantau organisasi Wartawan Tanpa Sempadan, Malaysia kini berada pada tangga 122 berbanding 141 pada 2010, naik 19 anak tangga, katanya.

"Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, kita berada di tangga pertama menewaskan jiran kita Indonesia yang tidak memerlukan permit untuk menerbitkan akhbar.

"Tetapi sebelum dibuai oleh penilaian itu, ingin saya tegaskan kita tidaklah terlalu taksub dengan 'rating' (penarafan) yang diberi oleh pihak luar itu atau menjadikan penarafan itu satu 'gold standard' (piawaian emas) dalam mengukur kebebasan media kita. Kita mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri yang perlu dijaga," katanya.

Beliau berkata kerajaan amat menyedari keperluan dan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sesebuah negara.

"Kita perlu bersyukur kerana Malaysia semenjak merdeka telah memiliki tradisi serta budaya media seumpama ini. Hakikatnya dalam komuniti hampir 200 negara-negara bangsa di dunia, kenapakah ada negara yang berjaya dan kenapa pula ada negara yang dikategorikan sebagai gagal.

"Apakah faktor-faktor yang menentukan jaya atau gagal sesebuah negara? Adakah ia faktor sumber asli, kepimpinan, institusi, corak demografi, geografi, sistem nilai atau kombinasi faktor-faktor tersebut serta faktor-faktor lain yang tidak disebut?" soal beliau.

Najib berkata dalam lipatan sejarah, ada negara yang mempunyai sumber alam yang melata dan modal insan yang produktif namun menjadi negara yang gagal.

Ada juga negara yang berjaya sebahagian daripada perjalanan tetapi kemudian mula terbantut proses pembangunannya manakala ada juga kategori yang walaupun tandus sumber alam tetapi berjaya kerana gabung jalin faktor-faktor lain yang dimiliki, katanya.

"Jawapan kepada persoalan ini bukan mudah tetapi saya yakin dan percaya peranan dan kepentingan pihak media tidak dapat dinafikan.

"Jika media sesebuah negara tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebar maklumat, mendidik, advokasi dan mencetuskan debat terhadap isu semasa, dasar awam dan kepentingan umum secara adil dan bertanggungjawab maka media sebenarnya 'are not doing a service' (tidak memberi khidmat) kepada negara, rakyat dan kerajaan," katanya.

Beliau bekata kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti bebas yang melaksanakan peranan untuk memantau dan menegur pentadbiran kerajaan.

"Seperti yang selalu saya sebut era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan mempunyai monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir," katanya.

Kerajaan turut menyambut baik usaha para peneraju pengarang media cetak untuk menubuhkan sebuah Majlis Akhbar Malaysia yang bertindak sebagai badan pengawas untuk mengukuhkan tahap profesionalisme industri berita di negara ini, katanya.

Beliau berkata di bawah persepakatan itu, para editor bersetuju untuk menyediakan satu kod etika yang memperincikan prinsip-prinsip kewartawanan untuk dijadikan prinsip panduan dalam tugas-tugas pengumpulan dan penerbitan maklumat bagi dijadikan hasil kewartawanan.

"Saya menyerahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh pengarang-pengarang itu untuk menghasilkan kod etika yang boleh digunakan dan dilaksanakan sepenuhnya.

"Kerajaan tidak akan campur tangan dan terpulanglah kepada industri untuk mengawal selia diri mereka berkaitan dengan profesionalisme kewartawanan ini. Kerajaan akan menerima apa juga cadangan yang dikemukakan dengan hati dan fikiran yang terbuka," katanya.

Najib berkata beliau setuju dengan pandangan rakan-rakan wartawan bahawa peraturan-peraturan sedia ada berhubung media tidak boleh kekal statik.

"Peraturan-peraturan itu bukannya dibancuh dalam acuan simen yang tidak boleh dipecahkan. Kita sekarang berada pada era digital yang memberikan kita semua akses kepada maklumat tanpa batas.

"Dasar kerajaan sendiri adalah untuk mewujudkan negara tanpa wayar sepenuhnya kerana kita tidak mahu warga Malaysia menjadi seperti katak di bawah tempurung dalam era dunia tanpa sempadan sekarang.

"Komitmen saya adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang berfikiran global dengan akarnya kukuh pada peringkat lokal atau glokal," katanya. (BERNAMA)

21 comments:

  1. media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku pada disekeliling mereka.

    ReplyDelete
  2. Silap2 kalau ada yang tidak berpuas hati, ada pula pihak yang akan menyerang kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Jadi rakyat M'sia jangan salah gunakn kebebasan bersuara

    ReplyDelete
  4. Gunakan apa yang ada sebaiknya untuk kebaikkan bersama.

    ReplyDelete
  5. macam mana sekalipun kebebasan yang diberikan samada Malaysia mahupun negara2 demokrasi yang lain, tetap akan ada had sempadannya..

    ReplyDelete
  6. Up until the 11th of June 2011, Internet content was officially uncensored, and civil liberties assured, though on numerous occasions the government has been accused of filtering politically sensitive sites.

    ReplyDelete
  7. Any act that curbs internet freedom is theoretically contrary to the Multimedia Act signed by the government of Malaysia in the 1990s.

    ReplyDelete
  8. However, pervasive state controls on traditional media spill over to the Internet at times, leading to self-censorship and reports that the state investigates and harasses bloggers and cyber-dissidents.

    ReplyDelete
  9. The OpenNet Initiative found no evidence of Internet filtering in Malaysia in the political, social, conflict/security, and Internet tools areas in May 2007, and is on the Reporters Without Borders 2011 list of countries under surveillance.

    ReplyDelete
  10. Prime Ministers Abdullah Badawi and Najib Razak, on many occasions, have pledged that Internet access in Malaysia will not be censored and that it is up to parents to install their own censorship software and provide education to their children (provide self-censorship).

    ReplyDelete
  11. The ISPs also actively deny that there are Internet filters in place when asked. However, the Communications Minister has occasionally announced that they are working on a nationwide filter, but each time such an announcement is made the Prime Minister makes a rebuttal to emphasize that there will be no Internet censorship.

    ReplyDelete
  12. The state ministries of Terengganu and Kelantan have also announced that they have statewide filters in place in their respective states.

    ReplyDelete
  13. In 2006 Deputy Science and Technology Minister Kong Cho Ha announced that all Malaysian news blogs will have to be registered with the Ministry of Information. He justified this by stating the law was necessary to dissuade bloggers from promoting disorder in Malaysia's multi-ethnic society.

    ReplyDelete
  14. The web page faithfreedom.org, which expresses a critical view on Islam, is blocked in Malaysia (December 2010). In April 2011, Prime Minister Najib Razak repeated promises that Malaysia will never censor the Internet.

    ReplyDelete
  15. WikiLeaks, the popular whistle-blowing site, has also been blocked by the Malaysian ISPs. Trying to access countries under categories brings a 'Link is Broken' error message for the user.

    ReplyDelete
  16. However, in June 2011, the Malaysian Communications and Multimedia Commission ordered the blocking of several websites including The Pirate Bay and several file-hosting websites, as well as peer-to-peer traffic, via a letter dated 30 May to all Malaysian ISPs for violating Section 41 of the Copyright Act 1987, which deals with pirated content.

    ReplyDelete
  17. They later tried to add various other thinly-disguised excuses to justify the blockage, including accusing said sites of harboring viruses, and kept insisting that it is not censoring the internet despite said action being indeed internet censorship. Nevertheless, this led to the creation of a new Facebook page, "1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website" which gained many Likes.

    ReplyDelete
  18. The blockage has had various negative consequences in the country. News of the censorship spread around, prompting hacker group Anonymous to launch a DDoS attack codenamed "Operation Malaysia".

    ReplyDelete
  19. Only minor disturbance of several government websites were observed although most were due to the servers being shut down in anticipation of the attack.

    ReplyDelete
  20. This action can be considered as a public outcry towards the pledge of the government that the Internet will not be censored since most of the hackers were Malaysian.

    ReplyDelete