Monday 23 April 2012

MUSTAFFA DAN BATCHA, PENJENAYAH DI SABAH?.




Saudara Pengarang,

NAMA saya Mohd Kasim Bin Jali dan merupakan seorang warganegara Malaysia yang tinggal di Putatan Sabah. Saya bekerja sebagai pembekal barang-barang runcit di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Anda boleh menghubungi saya di e-mail saya seperti di bawah. Saya telah memperolehi beberapa maklumat mengenai dua orang India Muslim (Mamak) yang melakukan beberapa kesalahan jenayah di Sabah, terutama sebagai Agen IC Projek, Mengelapkan Wang Madrasah, Tidak Membayar Cukai dan terlibat dengan jenayah Black Money.

Saya pada mulanya amat terkejut mendengar hal ini. Saya mendapat tahu isu ini daripada beberapa orang pelanggan saya, yang juga orang India di Sabah. Saya telah melakukan sedikit penyelidikan terhadap dua suspek ini dan terbukti mereka melakukan beberapa kesalahan yang saya kira amat berat.

Orang yang saya maksudkan bernama Mohd Bin Yusof (nama India dan panggilan beliau Mustaffa) dan Mohidin Batcha Bin Shariff (nama India dan panggilan beliau Batcha). Siapakah mereka ini sebenarnya?

Biar saya perkenalkan seorang demi seorang kepada pembaca. Tentu ramai di antara kita mengenali penjenayah ini, nombor telefon mereka juga disertakan bersama.

Mustaffa berasal daripada Karsapattil, India. Setelah beliau sampai ke Sabah, beliau berjaya mengumpul ramai kawan. Beliau berjaya mendapatkan kenalan di kalangan kakitangan kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Immigration dan Polis DiRaja Malaysia. Mustaffa mempunyai beberapa perniagaan di Sabah; antaranya ialah Restoran Rahmat di alamat Lot no 16, Jalan Tugu, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu dan dua buah restoran lagi di Pekan Sabindo, Lok Kawi dan sebuah lagi di Bevely Hill, Luyang.

Mustaffa memegang No Kad Pengenalan 680805-12-5209 seperti yang tercatat dalam Daftar Pemilih beliau.

Pada tahun 80-an dan 90-an, Mustaffa telah menjadi agen membuat IC PROJEK dengan mengaut keuntungan yang sangat besar apabila berjaya mendapatkan IC atau Kad Pengenalan kepada ribuan PATI dari Indonesia, India dan Filipina.

Namun, beliau menghentikan projek membuat IC ini lewat 90-an atau awal tahun 2000 kerana menyedari ramai rakan kongsi beliau ditangkap. Beliau juga sukar untuk meneruskan projek tersebut setelah ramai kakitangan JPN pada masa itu tertangkap dan dipindahkan ke bahagian lain.

Maklumat ini telah diberikan orang seorang yang bernama Noor Bin Ibrahim atau lebih dikenali 'Kepayan Noor' yang menjalankan kedai runcit di Kepayan. Beliau menambah, saya hairan bagaimana Mustaffa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang sedangkan kawan-kawannya yang terlibat telah didakwa.

Saya menanyakan kepada Noor, mengapa tidak membuat aduan polis sahaja? Beliau menjawab Mustaffa mempunyai ramai kenalan polis berpangkat tinggi dan Noor hanya cari makan, bukannya mahu cari pasal.

Saya mengatakan bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia, kita harus membantu membanteras segala jenis jenayah yang ada di negara kita.

Bercakap mengenai IC, Mustaffa ini pada asalnya hanya memegang Kad Bunga Raya. Beliau berjaya menukarkan kepada MyKad dengan mudah. Beliau hanya membelanjakan beberapa puluh ribu ringgit sahaja.

Tambah Noor lagi, saya berpendapat Mustaffa ini mungkin masih lagi membuat IC Projek kerana kalau tidak, dari mana beliau mendapat wang yang begitu banyak, tetapi ini hanya kemungkinan sahaja.

Mendengar hal ini, saya meneruskan siasatan saya terhadap Mohd Bin Yusof dan terserempak dengan seorang lagi kawan saya bernama Nasir Bin Latef (Latef nama panggilan beliau).

Beliau ini merupakan seorang yang lebih tahu semua peniaga terutama India di Sabah. Beliau membantu menguruskan dokumen dan surat lain kepada peniaga atas kemahiran beliau. Setelah ditanya bertubi tubi, akhirnya Latef memberitahu saya Mustaffa ini hanya membayar cukai pada kadar yang sangat rendah.

Beliau membayar dengan tutup mata sahaja. Beliau memandang rendah terhadap tanggungjawab membayar cukai. Seorang peniaga gerai lagi mampu membayar cukai yang lebih tinggi berbanding Mustaffa yang mempunyai banyak kedai.

Berdasarkan pengalaman berniaga, saya menjangkakan untung perniagaan beliau melebihi RM 100,000 setahun. Ini yang sah, yang tidak sahnya banyak lagi. Beliau harus membayar cukai melebihi RM 5,000 setahun. Saya tetap hairan mengapa Lembaga Hasil tidak membuat audit penyata kewangan orang ini?

Mengapa orang yang jahat tetap terlepas daripada tindakan undang undang?. Setelah berborak panjang dengan Latef, beliau tiba-tiba telah menceritakan satu berita yang mengejutkan saya. Saya mahu cakap Mustaffa ini seorang yang beruntung tidak boleh juga, rasa geram juga saya mendengarnya.

Mustaffa tidak pernah membayar sewa kedai beliau yang terletak di Kampung Air, Restoran Rahmat selama lebih 10 tahun. Tahukah kenapa? Pemilik bangunan tersebut yang dikatakan dimiliki orang Singapura tidak pernah datang meminta sewa. Tidak tahu beliau masih hidup atau tidak.

Bangunan tersebut tingkat atas bawah perlu dibayar sewa kira-kira RM 9,000 sebulan. Kalau dikira selama 10 tahun, RM 1,080,000. Alangkah untungnya Mustaffa ini. Mana pergi LHDN? Kenapa kamu tidak mengaudit kedai Mustaffa ini?

Kenapa tidak minta sahaja perjanjian kedai beliau dan resit bayaran sewanya. Tentu sekali tiada. Duit sewa jadi untungnya. Beliau kini dikatakan menjadikan bangunan itu seolah-olah miliknya kerana tiada yang datang menuntutnya. Adakah beliau berhak berbuat sedemikian? Mana pihak yang berkuasa?

Dalam pada itu, Wahab seorang peniaga Melayu di Putatan mengatakan bahawa Mustaffa ini tinggal di Petagas. Beliau mengenalinya sejak lama dulu. Mustaffa telah membawa semua ahli keluarga beliau menetap di Sabah. Saya kurang pasti apakah jenis dokumen yang dimiliki oleh ahli keluarganya yang baru datang.

Namun apa yang saya pasti, Mustaffa (Mohd bin Yusof) ini berlagak menjadi Ketua Cawangan Umno. Ini mungkin kerana pengaruh beliau dalam politik. Dia banyak duit dan bolehlah berlagak macam itu, tetapi kalau betul apa berlaku, tentu dia akan kena juga suatu hari nanti.

Wahab mencadangkan agar saya menyiarkan hal ini dalam Sabahkini.net. Beliau kata biar umum tahu siapa mereka ini. Kalau buat laporan polis pun, mana mereka mahu ambil tindakan. Kalau ia pun, orang berduit sentiasa selamat. Tambah Wahab.

Kini saya kenalkan pula Mohidin Batcha Bin Shariff. Batcha ini seorang yang lebih baik berbanding Mustaffa. Tahukah kenapa? Kerana beliau tidak terlibat dalam Projek IC.

Tetapi beliau buat lain daripada orang lain. Apa yang lainya si Batcha ini? Beliau telah menggelapkan wang sebuah Madrasah selama lebih 10 Tahun. Itulah kelainan yang dilakukan oleh Batcha. Beliau sentiasa membawa kelainan kepada kita. Beliau harus dipuji kerana tidak membuat jenayah yang biasa orang buat, beliau ini istimewa sedikit. Semua maklumat ini diberikan oleh Noor Kepayan, Ayub Kepayan dan sedikit daripada pandangan Latef.

Mohidin Batcha ini merupakan seorang warganegara India yang berasal daripada kampung sama seperti Mustaffa. Beliau datang ke Malaysia dan berjaya mendapatkan IC Projek, mungkin juga Mustaffa yang tolong buatkan. Beliau mempunyai beberapa kedai di Sabah antaranya Restoran Madinah di alamat no 273, Teluk Likas, Jalan Tuaran, 88400 Kota Kinabalu. Mungkin ada yang mengenali kedai ini. Beliau memegang MyKad bernombor 520719-12-5027 dan menjadi pemilih berdaftar seperti data berikut.

Noor Kepayan memberitahu saya bahawa wang besar yang ada pada Mustaffa ada kaitan dengan Batcha ini. Itulah sebabnya maklumat tentang Batcha terkeluar. Saya mencuba mendapatkan maklumat lebih tentang Batcha ini.

Daripada Mustaffa, Latef, Noor, Ayub dan beberapa kawan lain lebih mengenali Batcha. Mungkin dia lebih popular. Mungkin kerana wang yang dimilikinya atau mungkin kerana keberaniannya merompak wang Madrasah atau mungkin kerana menjadi pemberi pinjaman wang tanpa lesen along pertama di kalangan India Sabah lebih lebih lagi Muslim.

Apapun, mereka lebih mengenalinya. Latef memberitahu bahawa Batcha ini telah membuka satu akaun bank Madrasah di atas nama Madrasah Al Hidayah yang teletak di Pasir Puteh, Putatan.

Beliau kemudian menjadikan diri beliau dan Mustaffa sebagai pemilik akaun berkenaan (mereka yang layak tandatangan cek). Kemudian segala wang Madrasah dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

Wang ini datangnya daripada derma orang ramai. Di kebanyakan kedai India di letakkan tabung khas untuk sumbangan kepada Madrasah. Tabung ini akan dipungut oleh ustaz-ustaz dan orang yang di lantik oleh Batcha. Mereka akan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun ini.

Kadang kala, Batcha akan meminta ustaz-ustaz untuk keluar memungut derma daripada VVIP dan orang ramai dengan memberikan alasan aktiviti ini dan itu bakal dibuat tidak lama lagi. Wang tersebut biasanya berjumlah besar.

Namun wang tersebut akan dimanipulasi oleh ustaz-ustaz dan Batcha. Adakah wujud mana-mana akaun mana-mana badan di atas nama orang perseorangan di dunia ini? Siapa dia dalam madrasah itu? Pemilik atau Bendahari? Kalau itu sekalipun, dia mana ada hak mengambil satu sen pun duit tersebut; walaupun akhirnya dikembalikan juga.

Duit itu hak Madrasah. Bukannya duit bapa dia mahu diambil atau dipulangkan sesuka hati. Geram betul saya dibuatnya. Duit Madrasah usang itu sahaja yang ada untuk dirompaknya. Kasihan budak-budak di Madrasah itu. Tidak ada kemudahan dan aktiviti lain dapat dibuat. Habis duit di rompak Batcha (ngam dengan cerita Sevaji The Boss).

Noor Kepayan dengan tegas mengatakan bahawa aktiviti ini berlaku lebih 10 tahun sudah. Belum ada tindakan daripada mana-mana pihak. Saya kurang pasti siapa sebenarnya pemilik Madrasah ini, namun apa yang pasti, biasanya ia kepunyaan mana-mana badan dan bukannya orang perseorangan.

Sanggup sekali wang madrasah/surau seperti ini dirompak seorang muslim yang bernama Batcha. Ayub memberitahu bahawa wang tersebut akan dikumpulkan dan dipinjamkan kepada mereka yang memerlukan dengan kadar faedah tertentu.

Batcha sering mengunakan duit madrasah ini apabila mengalami kekurangan tunai dalam urusan perniagaannya. Beliau juga meminjamkan kepada rakan-rakan beliau. Batcha kerap mengirimkan wang yang banyak ke India melalui jalan lain. Maksudnya beliau tidak pernah mengirimkan wang besar melalui institusi perbankan negara.

Beliau takut Bank Negara akan meminta sumber wang tersebut. Beliau juga tidak mahu wang beliau dicukai di Malaysia mahupun di India. Ayub menambah, patut perkara ini dilaporkan kepada Jabatan berkuasa di India. Biar mereka siasat dari mana wang tersebut.

Malangnya, semua pemberi maklumat ini amat takutkan kepada pihak berkuasa. Mereka tidak berani tampil memberitahu masalah yang berlaku. Mereka takut perniagaan mereka diganggu. Mereka tidak mahu dimusuhi mana-mana pihak. Mereka mahu hidup tanpa masalah.

Mereka mengharapkan ada pihak lain yang menguruskan hal tersebut. Inilah punca jenayah yang berlaku tidak dapat dihapuskan. Ramai yang tidak berani tampil memberi maklumat. Lebih-lebih lagi apabila penjenayah mempunyai wang dan kuasa. Mereka ada pengaruh yang kuat. Mereka boleh boloskan diri dengan apa cara sekalipun.

Saya harap Sabahkini atau pihak lain membantu melaporkan hal yang berlaku kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Saya tidak tahu perkara ini harus dilaporkan di mana. Lembaga hasil pun ada, Polis pun ada, JPN pun ada, Jabatan Agama Islam pun ada, Bank Negara pun ada. Entah di mana harus dilaporkan? Saya harap pembaca boleh komen untuk tindakan saya selanjutya. Apa yang harus saya buat?

Kesimpulannya, saya berjaya membuka rupa sebenar dua penjenayah mamak di Sabah. Saya harap pihak berkuasa sentiasa mengawal jenayah yang ada. Mustaffa dan Batcha harus dikenakan tindakan undang-undang yang berat.

Mereka merosakkan negeri kita. Mereka makan duit haram. Perniagaan mereka semuanya tidak bersih. Allah tidak akan meredainya. Tindakan Batcha yang merompak wang Madrasah amat dikesali. Kezaliman mereka harus dihentikan. Badan yang bertanggungjawab keatas Madrasah itu harus kita laporkan supaya mereka mengetahuinya jenayah yang mereka buat. Adakah pembaca yang mengenali Badan yang bertanggungjawab ke atas Madrasah Ini?

Jangan biarkan Mustaffa melarikan wang ratusan ribu ringgit dari Malaysia tanpa membayar cukai. Wang sejuta lebih hasil sewa yang tidak dibayar harus di kembalikan kepada pihak berkuasa. Mustaffa harus membuat laporan jika tiada pemilik bangunan yang disewanya. Mengapa beliau menjadikan bangunan tersebut miliknya.

Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis, JPN dan Jabatan Agama Islam Sabah harus mengambil tindakan tegas dan berat terhadap penjenayah ini. Komen pembaca adalah penting.

Kepada sesiapa yang mahu mengenali mereka ini atau mahu membuat IC Projek; atau mana menggaji pembantu rumah atau untuk membuat pinjaman duit dengan faedah rendah atau minta tolong gelapkan sedikit wang mana-mana madrasah atau masjid atau ada yang mahu jadi waris bangunan tanpa pemilik yang disewa Mustaffa atau ada apa-apa urusan lain, silalah telefon mereka seperti nombor di bawah;

-Mohd Bin Yusuf (Mustaffa) 019-8125786

-Mohidin Batcha (Batcha) 016-8100234 atau Nombor Telefon Kedai 088-428034.

Kepada mereka yang mahu menghubungi saya untuk sebarang cadangan bolehlah menghantar e-mail ke mohdkasimjali@yahoo.com; termasuklah bantuan dalam penyiasatan.

Sekian, Salam Hormat,

MOHD KASIM JALI

12 comments:

  1. Jika tidak dapat dilaporkan kepada polis, apa macam mahu selesaikan perkara ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Semua orang,
      Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

      BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
      Nama pertama ......
      Nama tengah .....
      2) Jenis Kelamin: .........
      3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
      4) Tempoh Pinjaman: .........
      5) Negara: .........
      6) Alamat Rumah: .........
      7) Nombor Telefon: .........
      8) Alamat e-mel ..........
      9) Pendapatan Bulanan: .....................
      10) Pekerjaan: ...........................
      11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
      Terima kasih dan salam mesra.
      E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com

      Delete
  2. Dakwaan ini serius kerana melibatkan projek ic. Harap siasatan yang telus dapat dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti2 harus diserahkan pada pihak polis supaya boleh disiasat. Warga asing pula yang buat business macam tu

      Delete
  3. Sekiranya ada bukti yang kukuh serahkan pada polis. biar polis menyiasat hal tersebut.

    ReplyDelete
  4. Macam2lah warga asing di Sabah ni. semakin naik kepala.

    ReplyDelete
  5. kedua mereka harus disiasat.

    ReplyDelete
  6. Perkara ini amatlah mudah,Sdra Mohd Kassim Jali tulis surat secara resmi (Lampirkan bukti2) kepada Bahagian Jenayah Bukit Aman dan Selinan kepada Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah. Insyallah tindakan akan d ambil tidak sampai 1 bulan.Polis2 bawahan d Sabah tidak akan dapat memberhantikan perkara ini.Buat NOTA: Polis2 yg berkedudukan ada terlibat sama d dalam perkara ini. Mereka akan terjerut semuanya. Selamat mencuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Sdr Mohd Kassim dapat mengambil tindakan seperti yang dicadangkan sdr..

      Delete
  7. Siasat mereka ini. Benarkah apa yang didakwaan itu mengenai mereka ini.

    ReplyDelete
  8. sepatutnya, sebelum buat pendedahan di media, buat dulu laporan polis.. jangan salahkan pihak polis jika penjenayah ini terlepas kerana ketiadaan bukti kukuh atau mungkin kedua2nya telah balik ke negara asal..

    ReplyDelete
  9. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete