Tuesday 17 April 2012

NAJIB BENTANG PTPTN DI DEWAN RAKYAT?



Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

PAKATAN Rakyat (PR) hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang bertanggungjawab membentangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Rakyat ketika beliau pada masa itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman web milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, parti itu mendakwa Rang Undang-undang PTPTN telah dibentangkan oleh Najib (gambar) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada jam 9.06 malam pada 13 Mei 1997.

"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

"Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997," jelas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Najwa Halimi dalam kenyataan yang dimuatkan dalam blog milik Anwar.

Tambah Najwa, kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah tepat, namun demikian, adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan Najib yang pada masa itu merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

"Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa skim pinjaman PTPTN diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.

“Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa,” katanya dipetik Bernama.

Pemimpin berpengaruh itu menegaskan Malaysia tidak mungkin akan memberikan pendidikan tinggi percuma sebagaimana cadangan “negara membangun lain”.

“Kita boleh mansuh PTPTN, hanya kepada mereka yang mahukannya. Biar mereka yang tidak mahu PTPTN dimansuhkan, kita (terus) beri mereka,” katanya dalam satu majlis di Sintok.

Dr Mahathir menegaskan kerajaan sentiasa komited terhadap mengukuhkan taraf pendidikan negara, dan dengan itu, lebih 25 peratus daripada belanjawan tahunan negara digunakan untuk sektor pendidikan.

Pembangkang telah mempromosikan pendidikan percuma dan mendesak agar PTPTN dimansuhkan, sambil menegas bahawa kerajaan mampu membiayai pendidikan percuma menggunakan keuntungan jualan minyak serta melalui pengurangan kadar rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran.

Pakar strategi Pakatan Rakyat (PR) berkata kepada The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu pada minggu hadapan untuk menyelaraskan polisi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi dan berharap akan berjaya memenangi hati pengundi Melayu berumur lingkungan 20an, yang mana merupakan satu per enam daripada populasi pengundi.

Pertemuan itu berlangsung sebelum perbahasan antara Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 3 Mei sama ada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) harus dihentikan.

Ketua Umum PKR Anwar telah mengumumkan rancangan untuk memansuhkan PTPTN yang dikata telah membebankan mana ramai graduan dengan hutang walaupun belum lagi bekerja.

Sekumpulan mahasiswa telah berhimpun di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, dan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN dan mendesak kerajaan memberikan pendidikan percuma.

Ketika demonstrasi tersebut yang turut dihadiri kira-kira 500 aktivis mahasiswa itu, turut kelihatan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang yang turut berhimpun menegaskan bahawa “pendidikan percuma hak semua”.

11 comments:

  1. Kalau pembangkang yang akan menjadi kerajaan nanti, alamatnya bankraplah negara dengan janji2 mereka tu.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan pasti tidak akan memansuhkan PTPTN.

    ReplyDelete
  3. Actually the PTPTN was set up by Anwar Ibrahim during his term as the DPM of Malaysia. Why did he wanted to abolish it now?

    ReplyDelete
  4. The PTPTN borrowers are only required to repay the loans after they have found a job, I don't know why some have to pay before they found work, perhaps there is some mistakes from the PTPTN administration.

    ReplyDelete
  5. Pelajar ada pilihan sama ada untuk terima pinjaman itu ataupun tidak. Masuk toilet pun kena bayar. Inikan pula yuran pembelajaran. Agak2lah..

    ReplyDelete
  6. Hopefully soon got the best solution on this matter

    ReplyDelete
  7. pembangkang hnya mainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka. jgn mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  8. Datuk Najib perlu menyelesaikan masalah PTPTN ini segera.

    ReplyDelete
  9. Anwar pada waktu itu juga menyokong penuh penubuhan PTPTN.. kenapa hari ini dia bantah pula?? memang sudah menjadi naluri pembangkang ka? membangkang setiap apa yang telah mereka persetujui?

    ReplyDelete
  10. sekiranya Anwar dan pemimpin2 pembangkang yang lain benar2 mahu melihat golongan muda negara ini maju kedepan dan dalam masa yang sama membela nasib mereka, kenapa tidak nasihatkan pelajar2 ini supaya belajar bersungguh2 untuk memperolehi CGPA terbaik untuk layak menerima status pinjaman kepada biasiswa??

    ReplyDelete
  11. jika kerajaan selangor boleh menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda, kenapa tidak untuk pelajar2 ini?? buat la dulu di negeri sendiri sebelum membawanya ke peringkat persekutuan..

    ReplyDelete