Wednesday 4 April 2012

NAJIB BERADA DI LANDASAN YANG BETUL


KERAJAAN Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran serta hasil yang diharapkan untuk rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sambil menyambut baik laporan tahunan GTP yang diumumkan Najib di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata berbekalkan azam politik yang kuat, kerajaan BN kini sudah memperlihatkan kejayaan dalam melaksanakan pelbagai program transformasi untuk kebaikan rakyat.

"Kita lihat banyak peningkatan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pengurangan kadar jenayah, pembangunan dalam bandar dan luar bandar serta peningkatan pendapatan rakyat.

"Ini semuanya hasil usaha kerajaan Barisan Nasional yang telah dijanjikan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian dividen sebanyak RM51.5 juta daripada syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Sawit Kinabalu kepada kerajaan Sabah di sini hari ini.

Ketika menghuraikan hasil GTP setakat ini, Najib berkata antara lainnya bahawa ia membawa banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara manakala kesannya terhadap negara pula sungguh mengagumkan. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment