Friday 20 April 2012

NAJIB PM YANG DENGAR SUARA HATI RAKYAT



Oleh : NEWMOND TIBIN DAN SITI ZUBAIDAH ABDULLAH

TOKOH veteran Sabah. Tan Sri Abdul Ghani Gilong berkata Gagasan 1Malaysia adalah idea terbaik ke arah mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu dan berjaya.

Abdul Ghani yang pernah berkhidmat sebagai menteri persekutuan sehingga tahun 1978, turut mengagumi ketokohan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkannya sebagai pemimpin yang mahu mendengar suara rakyat.

"Secara peribadi saya mengagumi beliau sebagai perdana menteri yang baik," kata Abdul Ghani, 79, dalam temu bual dengan Bernama di kediamannya di Bukit Bendera di Kota Kinabalu.

Beliau berkata gagasan 1Malaysia dan program transformasi nasional adalah idea yang bijak dan faktor ini adalah asas beliau meramalkan Barisan Nasional (BN) mampu beroleh kejayaan besar pada pilihan raya umum ke-13 kelak di Sabah dan seluruh negara.

Ini ditambah dengan kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang berjaya memperkukuh kedudukan ekonomi dan mewujudkan suasana politik yang kondusif untuk pelaburan dan pembangunan di Sabah.

Abdul Ghani, seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2010.

"Konsep (1Malaysia) ini baik dan bijak kerana memberi kefahaman bahawa kita adalah orang Malaysia yang mesti bersatu hati, bersatu padu dalam membuat sesuatu yang terbaik untuk kebaikan negara termasuk mengelak huru-hara dan rusuhan kaum," katanya.

Politik Sabah

Sejak berkecimpung dalam politik pada 1963, beliau pernah memegang jawatan di peringkat persekutuan sebagai menteri hal ehwal Sabah, menteri kehakiman dan pertahanan awam, menteri kerja raya dan menteri pengangkutan.

Beliau memainkan peranan penting sebagai wakil Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dalam dialog dan perundingan mengenai penubuhan Malaysia.

Walaupun tidak lagi aktif dalam politik, menurut Abdul Ghani, beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik negara dan baginya, penerimaan rakyat terhadap kerajaan di tahap baik termasuk di Sabah.

"Meskipun banyak kritikan yang berpunca dari parti pembangkang tetapi pada pendapat saya akhirnya seperti biasa, orang akan kembali kepada BN kerana orang (mereka) memikirkan apa yang dikatakan oleh parti pembangkang adalah tidak betul. Soalnya apa yang mereka (pembangkang) cakap, mereka tidak dapat tunai janji seperti yang dihebohkan," katanya.

Abdul Ghani berkata dari segi kemajuan Sabah, sebelum menyertai Malaysia dan sesudah berada dalam Malaysia, beliau melihat memang jauh perbezaannya.

"Pada masa dahulu, Sabah banyak jauh ketinggalan dari segi pembangunan terutama dari segi infrastruktur - jalan raya dan sekolah - namun sekarang banyak kemajuannya.

"Saya orang Sabah yang telah mengikuti perkembangan (politik) di negeri ini termasuk hasrat negeri ini untuk menyertai Malaysia dan ketika itu saya tahu macam mana kami pada masa dulu dan kini," katanya.

Abdul Ghani melihat isu 'Malaysian Agreement' sengaja dibangkitkan pembangkang sedangkan rundingan untuk mencari penyelesaian yang terbaik daripada setiap perkara antara pihak persekutuan dan negeri sentiasa diadakan.

Kenapa Barisan Nasional?

Berkaitan dengan ini juga, Abdul Ghani berkata rakyat Sabah perlu mengekalkan kerajaan BN sebagai peneraju negara, "kerana hanya BN boleh menunaikan janji dan kemahuan rakyat Sabah."

"Di Sabah sendiripun, banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Musa selain meletakkan kedudukan kewangan negeri ini terus kukuh bersama transformasi pembangunan yang amat ketara," katanya.

Tambahan pula, katanya, kini rakyat semakin banyak merasai pemberian dan bantuan kerajaan untuk bersama melalui proses transformasi negara seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500, bantuan persekolahan RM100, dan baucar buku RM200 masing-masing untuk seisi keluarga, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi.

"Program tranformasi negara ini sangat baik dan kita berharap untuk mencapai matlamat ini," katanya.

Strategi BN

Mengenai strategi BN untuk memastikan kemenangan pada PRU ke-13, Abdul Ghani berkata BN harus memastikan semua janjinya ditunai.

"Ini kerana rakyat kini pandai menilai prestasi kerajaan...kalau mereka merasakan tidak dipedulikan sudah tentu mereka akan berhijrah ke parti lain khususnya parti pembangkang.

"Oleh itu kerajaan yang ada sekarang perlu jujur untuk memenuhi apa yang diharapkan oleh rakyat supaya ia terus mendapat sokongan," katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan pengundi muda supaya berfikir betul-betul dan melihat ke hadapan.

"Kalau tidak, mereka tidak dapat lihat seperti yang apa terjadi (keadaan di negara lain) yang tidak menentu. (Selain itu) orang muda harus diberi gambaran lebih jelas dan bermakna, mereka juga harus mempunyai rasa tangungjawab sebagai rakyat negara ini.

"Saya seru mereka menyokong usaha kerajaan yang telah banyak memberi kebaikan dan kesempurnaan hidup kepada negara kita yang merdeka ini. Kelebihan kerajaan BN sekarang ialah kerana ada kesungguhan dan kesediaan mendengar suara dan rungutan rakyat termasuk golongan muda, dan seterusnya berusaha membetulkan keadaan." katanya.

30 comments:

  1. 1Malaysia sudah lama wujud di Sabah. Seruan ini hanya akan berkesan jika dilaksanakan dengan telus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an semua tu tidak goyah disebabkan keadaan politik M'sia.

      Delete
    2. Memang berbangga menjadi warga negeri yang hidup aman dan harmoni walaupun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama.

      Delete
  2. Najib teruskan berkhidmat untuk rakyat dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Konsep 1M'sia tidak akan berjaya sekiranya tidak diamalkan

    ReplyDelete
  4. Transformasi yang dilaksanakan oleh Najib menerima pelbagai persepsi dari rakyat. Yang kurang baik itu diharap dapat diperbaiki demi untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  5. byk tranformasi dilakukan kerana mendengar suara hati rakyat.

    ReplyDelete
  6. Datuk Najib sememangnya pemimpin yang berjiwa rakyat. Namun semua itu cuba ditutup dengan pelbagai fitnah terhadap Datuk Najid.

    ReplyDelete
  7. jika Najib tidak dengar suara hati rakyat, ISA tidak akan dimansuhkan, dakwat kekal tidak akan diguna-pakai, PSC tidak akan ditubuhkan dan banyak lagi perubahan yang beliau bawa sepanjang tempoh tiga tahun..

    ReplyDelete
  8. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's popularity rating has been rising steadily since 2009, according to a poll conducted by the International Islamic University of Malaysia (IIUM).

    ReplyDelete
  9. The study on the popularity of five Malaysian leaders, conducted by IIUM's Media and Election Studies Unit, also found that former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad had very much maintained his popularity since leaving office in 2003.

    ReplyDelete
  10. Three other personalities in leadership roles -- Parti Keadilan Rakyat de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pas spiritual adviser and Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and Penang Chief Minister Lim Guan Eng -- saw their popularity decline considerably.

    ReplyDelete
  11. Datuk Prof Syed Arabi Idid of IIUM's Communications Studies Department led the study, from March 2008 to July 2011, with his research coordinator Azrul Hisyam Wakichan.

    ReplyDelete
  12. Syed Arabi attributed Najib's improved rating to his consistent effort to touch base with the people and steer the country to a promising future.

    ReplyDelete
  13. An average sample of 1,500 respondents -- Malay, Chinese and Indian registered voters -- were asked how satisfied they were with the leadership qualities of the five leaders.

    ReplyDelete
  14. The study clearly indicated that Malays, Chinese and Indians now found Najib favourable, he said.

    ReplyDelete
  15. In a nutshell, people are finding Najib more acceptable now as their leader: as stated by Syed Arabi who has been conducting studies on the popularity of political personalities since 1989.

    ReplyDelete
  16. On the flagging popularity of Anwar, Nik Aziz and Guan Eng, he said it was probably contributed by current issues and their failure to achieve a common ground in many issues.

    ReplyDelete
  17. Azrul, who coordinated the study, said Malaysians still held in high esteem Dr Mahathir and his legacy.

    ReplyDelete
  18. An average of 74 per cent of the respondents polled were in favour of Dr Mahathir throughout the four-year study period, he said.

    ReplyDelete
  19. He noted that Malaysians saw Dr Mahathir as a proven leader and a man who still spoke his mind without fear or favour.

    ReplyDelete
  20. Even after retiring as a private citizen, the people of Malaysia still see him (Mahathir) as an exemplary leader.

    ReplyDelete
  21. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.

    ReplyDelete
  22. He said the people realised that the BN was not a government that liked to play politics that was populist in nature nor made promises that were unrealistic.

    ReplyDelete
  23. He said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.

    ReplyDelete
  24. In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.

    ReplyDelete
  25. “The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.

    ReplyDelete
  26. He said the BN government constantly strived for the prosperity of the people and ‘did not know how to spin’.

    ReplyDelete
  27. He said that under the BN government since the country’s independence, a son of a fisherman had succeeded to become a menteri besar to lead a state.

    ReplyDelete
  28. Najib also expressed his commitment to continue to work hard as the prime minister for the sake of the people.

    ReplyDelete