Tuesday 3 April 2012

NAZRI MINTA SHUKRI BERHENTI MERUNGUT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegur Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.

Nazri dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily di Kuala Kangsar Sabtu lalu, sebagai menyifatkan Shukri (kiri) mempunyai watak yang lemah dan tidak sepatutnya merungut secara terbuka.

Malah, katanya, Shukri tidak perlu membuat sebarang penjelasan kepada umum kerana ia merupakan tugas Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seseorang individu.

Tugas Shukri, tegas Nazri, adalah hanya untuk menyiasat dan "saya harap ini tidak akan mengelirukan rakyat."

Nazri juga mahu Shukri berhenti membuat kenyataan sedemikian pada masa depan.

Beliau mengulas kenyataan Shukri di sebuah forum Khamis lepas bahawa SPRM menyiasat semua tuduhan rasuah yang diserahkan kepadanya, tetapi Pejabat Peguam Negara yang enggan memfailkan kes-kes tersebut di mahkamah atas alasan bukti tidak mencukupi.

5 comments:

  1. kebanyakkan kes2 rasuah ditolak mahkamah kerana tidak cukup bukti, SPRM harus dpt bukti kukuh agar ia boleh dibawa ke mahkamah.

    ReplyDelete
  2. kes2 yang melibatkan rasuah pasti mencabar untuk disiasat. SPRM diharap lebih sabar, cekap dan teliti dalam mengumpul bahan bukti yang mencukupi. Supaya orang2 tu tidak terlepas.

    ReplyDelete
  3. Sebagai pihak yang berkuasa memang satu cabaran apabila kes yang ditolak begitu saja.

    ReplyDelete
  4. SPRM tidak patut masuk campur tugas pejabat peguam negara, namun tidak salah jika pihak SPRM mengemukakan pandangan untuk dipertibangkan pihak yang berkenaan.. lagipun jika tujuannya baik, kenapa perlu dihalang??

    ReplyDelete
  5. namun, mungkin lebih baik jika Datuk Mohd Shukri Abdull sekadar menulis surat kepada pejabat peguam negara jika ada apa2 keputusan badan itu yang tidak dipersetujui beliau.. membawanya ke media hanya bukan sahaja mengelirukan rakyat malah memburukkan lagi keadaan..

    ReplyDelete