Friday 6 April 2012

NFC SEDANG LUPUSKAN ASET

Oleh : AIDILA RAZAK

PKR mendakwa pemilik National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam proses menjual tiga hartanah, yang didakwa mereka dibeli menggunakan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd.

"Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi.

Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya.

Justeru beliau menegaskan bahawa semua transaksi melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana kemungkinan besar ia diperoleh menggunakan dana awam.

Shahrizat, isteri kepada Salleh akan berundur daripada jawatannya selepas penggal lantikan sebagai senator tamat tiga hari lagi (8 April) setelah terpalit sama dengan projek kontroversi itu.(MK)

5 comments:

  1. Semoga isu NFC ini akan mendapat penyelesaian yang sewajarnya supaya kes ini boleh ditutup.

    ReplyDelete
  2. Baguslah isu ni sudah hampir selesai. Siapalah agaknya yang akan mengambil alih projek NFC ni..

    ReplyDelete
  3. Tindakan yang sewajar untuk menyelesaikan masalah NFC

    ReplyDelete
  4. Projek ini perlu diteruskan bagi memastikan sumber daging akan dapat dikekalkan di Negara kita dengan adanya NFC Ini.

    ReplyDelete
  5. tidak habis2 si Rafizi mahu dapat populariti.. maklumlah semakin dekat pilihanraya.. lagipun apa susah kalau kena saman.. kerajaan negeri selangor bila2 masa boleh guna dana awam untuk membiayai kos guaman beliau..

    ReplyDelete