Friday 6 April 2012

PARTI TENTUKAN SIAPA KETUA MENTERI SABAH

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata soal siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 hanya akan ditentukan pucuk pimpinan parti.

Mohd Shafie berkata desas-desus di Negeri di Bawah Bayu bahawa beliau akan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah bagi mengantikan Datuk Seri Musa Aman hanya satu dakwaan di kalangan pihak tertentu.

"Saya hanya bekerja untuk memberi khidmat kepada rakyat dan terus memperkukuhkan parti. Soal jawatan, bertanding atau tidak bertanding, ia terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa yang layak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Pertama Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Sesi 2011 di sini Khamis.

Katanya kesemua pihak perlu bekerja keras untuk memastikan Barisan Nasional menang besar pada pilihan raya umum kelak.

Mengenai laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan Dewan Rakyat pada Selasa lepas, Mohd Shafie berkata beliau yakin cadangan itu mampu menambah baik sistem sedia ada. (Bernama)

18 comments:

  1. Saya rasa lebih baik kita menunggu keputusan daripada Pucuk Pemimpin Parti untuk menentukan siapa yang lebih sesuai menjadi KM Sabah yang seterusnya seperti apa yang dicadangkan oleh Shafie Apdal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunngu dan lihat sahaja apa keputusan nya nanti, harap rakyat sabah dapat terima dengan hati terbuka.

      Delete
  2. Tidak perlulah spekulasi pasal pelantikan KM Sabah, keputusan pasti akan didedahkan bila masa yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. Kalau MA melanjutkan penggal pentadbirannya sebagai KM Sabah lepas PRU ni, sekali lagi beliau akan mencipta sejarah KM yang paling lama berkhidmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya Musa antara Km yang terbaik, beliau banyak membangunkan Sabah.

      Delete
  4. Siapapun KM yang akan diberikan mandat nanti diharap beliau dapat jalankan tanggungjawab dengan baik dalam memajukan negeri ini.

    ReplyDelete
  5. Musa byk memberi sumbangan terhadap Sabah, kerana kepimpinan Musa Aman sabah dpt keluar dari senarai negeri termiskin. belum tentu lagi siapa akan menjadi Musa lepas ini, tapi rasanya lebih wajar jika Musa terus menjadi KM Sabah.

    ReplyDelete
  6. datuk Musa banyak memberi sumbangan kepada rakyat Sabah, harap beliau akan terus menjadi Km Sabah.

    ReplyDelete
  7. Datuk Musa Aman menjadi KM Sabah banyak memberi perubahan kepada Sabah

    ReplyDelete
  8. Kita yakin yang mana Datuk Musa akan terus kekal. Kerana beliau telah memberikan satu perkara yang baik kepada Penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  9. saya yakin kerusi ketua menteri Sabah tidak akan berubah selepas PRU13.. majoriti pemimpin2 BN Sabah menyokong kepimpinan Musa Aman yang mana sokongan itu juga akan dipertimbangkan samada perlu atau tidak Musa disingkirkan..

    ReplyDelete
  10. Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  11. Names has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .

    ReplyDelete
  12. Meanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.

    ReplyDelete
  13. He said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.

    ReplyDelete
  14. The state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.

    ReplyDelete
  15. Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.

    ReplyDelete
  16. He said despite the favourable audit report, several agencies, particularly those issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.

    ReplyDelete