Thursday 12 April 2012

PAS, DAP TAK SETUJU MANSUH PTPTN


Oleh : ABDUL RAHIM SABRI

KETUA Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah PKR untuk menghapuskan hutang yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan populis untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Sedangkan, 'janji manis dan tidak bertanggungjawab' itu tidak mendapat persetujuan daripada PAS dan DAP malah tidak dijadikan dasar bersama Pakatan Rakyat, dakwa MP Rembau itu lagi.

"Ia dibuat di atas pentas ceramah dan perincian (penghapusan hutang PTPTN) datang kemudian. Mereka tak fikir mengenai bagaimana nak tampung dan biayai hutang tersebut.

"Itu satu janji manis, cerita dongeng daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata terdesak untuk menang undi orang muda nampak kecenderungan kepada BN. Ini adalah langkah terdesak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan rundingan meja bulat berhubung isu berkenaan bersama sekumpulan mahasiswa hari ini.

Khairy mengulas kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang berkata pinjaman PTPTN sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa itu dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

Rafizi berkata demikian dalam satu program rundingcara berhubung penyelesaian hutang pinjaman tersebut di Shah Alam malam tadi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata isu berkenaan bukan soal kemampuan kerajaan untuk membayar hutang tetapi kos yang ditanggung sekiranya perkara itu dilaksanakan.

"Kalau nak cakap soal kemampuan kerajaan, kerajaan mampu menampung macam macam sebab kita masih lagi ada minyak.

"Rafizi kata kita boleh melalui ambil minyak daripada Petronas dan jual bon kerajaan. Sudah tentu kita boleh buat macam-macam," katanya.

Sebaliknya, antara kesan yang diterima selepas berbuat demikian adalah kos melepas iaitu iaitu apabila kita buat sesuatu ia akan mengorbankan sesuatu perkara yang lain.

"Apabila kita membuat keputusan untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN 28, 29 billion, ada perkara lain, perbelanjaan lain akan dikorbankan.

"Sama ada kita bayar ansuran selama 10 tahun, 20 tahun, dua bilion setiap tahun, terbitkan bon. Ia tetap memberikan kos kepada kita. Jadi saya nampak hipokrasi cukup besar," katanya.

21 comments:

  1. Cakap saja memang senang, mahu laksanakan tu yang payah.

    ReplyDelete
  2. tak perlu nak percaya sangt pada janji2 mcm ini.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya kesefahaman antara PKR dan parti DAP dan PAS tidak sehaluan.

    ReplyDelete
  4. kalau betullah PAS dan DAP tidak setuju, maknanya Anwar ni syok sendiri la.. suka buat keputusan tanpa merujuk kepada pemimpin2 bawahannya..

    ReplyDelete
  5. kalaulah pendidikan percuma dilaksanakan, bayangkan 10 tahun akan datang.. jumlah pelajar tentunya akan bertambah dan perbelanjaan kerajaan untuk menampung pendidikan percuma juga terpaksa digandakan.. dimanakan Anwar akan mencari dana untuk membangunkan negara?? dana untuk menurunkan harga barang keperluan dan dana untuk menurunkan harga minyak?? sedangkan Anwar berhasrat mahu memansuhkan cukai, mansuhkan tol dan menaikkan royalti minyak...

    ReplyDelete
  6. The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) has returned RM2.72 million to 3.2 million borrowers until March 31 following the adjustment of loan interest rate from 5 to 3-1 percent.

    ReplyDelete
  7. Chairman Datuk Ismail Mohamed Said said PTPTN had over the same period disbursed RM43.85 billion loans to 1.96 million students in institutions of higher learning at home and abroad.

    ReplyDelete
  8. However, 31,606 borrowers of the 1,052,693 borrowers involving RM6.84 billion loans were given repayment extension due to sickness and studying abroad.

    ReplyDelete
  9. PTPTN had received RM3.8 billion loan repayment while action was taken against 261,561 borrowers who did not respond, involving RM1.8 billion.

    ReplyDelete
  10. Since its inception over 15 years ago, PTPTN had disbursed RM43.85 billion loans. This year, RM5.05 billion was disbursed of which RM3.37billion was to existing borrowers and RM1.68 billion to new borrowers.

    ReplyDelete
  11. PTPTN had approved RM182.3million loans to 14,459 students this year.

    ReplyDelete
  12. Ismail said of 600 private institutions of higher learning (IPTS), 434 whose students were sponsorsed by PTPTN might close down if the loan was removed.

    ReplyDelete
  13. He denied opposition claims that the government was unjust and oppressed the people adding the facilities provided were to overcome their burden.

    ReplyDelete
  14. PTPTN was also willing to compromise and negotiate with students who had problems repaying the loans.

    ReplyDelete
  15. The recipients of PTPTN loans are beneficiaries, having been able to find a means to secure a degree, a very important step in their lifetime.

    ReplyDelete
  16. Being adults they should realise that they have a moral responsibility to repay the loans when they are gainfully employed later.

    ReplyDelete
  17. And if they have difficulties there are options to discuss and negotiate loan restructuring. The important point which needs to be impressed on these undergraduates is that there must be some value-add in any endeavour they pursue, be it PTPTN-financed or parent-funded.

    ReplyDelete
  18. It’s often said that if any good is provided or given free, the value element is missing and doesn’t help in the long term.

    ReplyDelete
  19. Students must learn and be responsible early in life to prepare them for bigger challenges in the future. It also further enhances the character and integrity of a person when he or she commits to repay. A loan must be repaid eventually.

    ReplyDelete
  20. We can take the cue from banks which would always look for credit-worthy customers who demonstrate ability and commitment to repay.

    ReplyDelete
  21. The Government should therefore continue with the PTPTN as the students will see the real benefit years after graduation. It’s relevant and sustainable.

    ReplyDelete