Thursday 5 April 2012

PAS DEDAH 'PASUKAN KHAS' REKRUT PENGUNDI PATI


NAIB Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahfuz dipetik oleh organ rasmi PAS Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Nama-nama mereka tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara menunggu pengesahan.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Berikutan itu, beliau mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu, tambahnya, boleh memanggil mereka yang terlibat.

Ketika ditemui kemudian, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut.

"Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu 'amat serius' dan melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Polis, bagaimanapun, mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.

8 comments:

  1. tunjukkanlah bukti tersebut, jgn sekadar cakap sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti yang ditunjukkan selalunya tidak mencukupi dan biasanya akan panas sekejap saja. Lepas tu cari lagi isu lain untuk pancing undi rakyat.

      Delete
  2. Dakwaan seperti ini sudah sering dibuat oleh pembangkang tapi mereka gagal menunjukkan bukti.

    ReplyDelete
  3. Rasanya PAS yang terdesak untuk memancing undi dari rakyat.

    ReplyDelete
  4. Tidak hairanlah kalau kata-kata pembangkang sebegini.

    ReplyDelete
  5. Terpulang dengan PAS mahu cakap apa pun yang pasti kerajaan melakukan semua ini ada sebab tersendiri.

    ReplyDelete
  6. kerja Mahfuz dalam PAS hanya untuk menyebarkan pembohongan saja.. sebab itu dia tidak mahu dedahkan nama orang yang terlibat dan dari mana maklumat itu diperolehi..

    ReplyDelete
  7. boleh percaya ka maklumat 'dari dalam' Pakatan?? boring sudah saya dengan setiap kali ada pendedahan mesti mereka akan cakap berdasarkan maklumat dari dalam.. sampaikan tarikh pilihanraya pun dia cakap hasil maklumat dari dalam.. tapi meleset juga..

    ReplyDelete