Friday 6 April 2012

PAS DESAK TUBUH RCI


Oleh : SYED MU’AZ SYED PUTRA (TMI)

PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara.

Jelas beliau, pihaknya telah mengenalpasti lokasi memproses kad pengenalan dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

“Kami menyokong Ahli Parlimen Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) tentang wujudnya sindiket pegawai peringkat tertinggi kerajaan untuk menukar kad pengenalan merah kepada biru,” katanya pada sidang media di sini.

“Jika kerajaan tidak ambil tindakan kita akan dedahkan lagi, tempat proses kad pengenalan dan tempat serahkan juga kita tahu. Ia sindiket yang besar untuk daftarkan warga asing jadi pengundi.”

Semalam Mahfuz, yang juga Naib Presiden PAS, mendedahkan wujud 'Task Force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti.

Mahfuz mendakwa 'Task Force' itu diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun Wan Ahmad menafikan dakwaan itu.

Jelas Mohamad, daftar pemilih akan menjadi lebih kotor sekiranya pentadbiran Najib tidak mengambil tindakan segera dengan membentuk RCI bagi menyiasat perkara itu.

“Oleh itu kami tuntut daftar pemilih dibersihkan dan suruhanjaya diraja siasatan dibentuk untuk menyiasat,” katanya.

“Daftar pemilih bukan semakin bersih tapi semakin kotor, sebab itu kita mahu suruhanjaya ditubuhkan untuk siasat... pilihan raya boleh tangguh kerana kita ada masa sehingga Mac.

14 comments:

  1. Desakan demi desakan dibuat untuk menubuhkan RCI. Harap kerajaan akan menubuhkannya sebelum PRU dijalankan. Masalah PATI menjadi semakin kritikal di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Jika benar dakwaan PAS, serahkan saja bukti2 tersebut agar perkara ini dapat disiasat. Kalau setakat bercakap tanpa ada bukti, tiada gunanya juga.

    ReplyDelete
  3. semua nak RCI ditubuhkan, ia akan di tubuhkan jg nnti.

    ReplyDelete
  4. Ramai yang mendesak RCI ditubuhkan dan rakyat pun tertunggu- tunggu mengenai pengumumnan tu.

    ReplyDelete
  5. Tidak perlu risau yang pasti kerajaan akan datang sendiri mengumumkan jika RCI benar-benar boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete
  6. ""Jika kerajaan tidak ambil tindakan kita akan dedahkan lagi, tempat proses kad pengenalan dan tempat serahkan juga kita tahu.""

    kenapa Mat Sabu tidak dedahkan saja?? Mat Sabu pun mahu bersekongkol ka??

    ReplyDelete
  7. memandangkan Wan Ahmad telah tampil menafikan penglibatan beliau, saya harap beliau akan ambil tindakan undang2 terhadap Mat Sabu kerana tidak henti2 menuduh beliau terlibat dengan 'task force' itu.. jangan tunggu lama..

    ReplyDelete
  8. tuduhan Mat Sabu yang sebelum ini pernah terkantoi menipu kononnya dilanggar land rover polis tidak patut diambil bulat2 oleh rakyat.. jangan sekali2 mempercayai apa sahaja yang keluar dari mulut dia..

    ReplyDelete
  9. Upko President Tan Sri Bernard Dompok hopes the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants will still be announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  10. Dompok said the media should have been the ones to query the Prime Minister about the matter but reporters present told him they were not given the opportunity to do so as no press conference had been arranged for them with Najib.

    ReplyDelete
  11. He said this when asked by the media whether he shared the people's disappointment that Najib came and went without a word on the RCI last week.

    ReplyDelete
  12. "Well I have always said that this matter should have been dealt with urgently and I maintain it is my stand, that this is an urgent matter and needs to be attended to, especially since the Cabinet had decided on Feb 8 to go ahead with this.

    ReplyDelete
  13. "I think the Government must expedite the terms of reference and the appointment of the people who should be members of this commission.

    "There has been no reversal of Cabinet decision on the matter.

    ReplyDelete
  14. What both the Cabinet and parliament have been made aware of is that they were waiting on the terms of reference. "I am not sure whether the State Government has come up with their proposals but they have been asked to contribute towards the terms of reference."

    ReplyDelete