Thursday 19 April 2012

PKR DAN CDO WAJIB PROAKTIF



DAIF.....Mohammad Seh (sisipan) berpendapat kemudahan ini sepatutnya dinaiktaraf bagi kemudahan rakyat, namun terabai kerana tiada kerjasama semua pihak.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TANGGUNGJAWAB turun padang untuk meninjau tempat-tempat yang bermasalah yang sedang dihadapi oleh penduduk di sesuatu tempat tidak semestinya dibebankan ke bahu wakil rakyat, malah semua pemimpin komponen BN.

Semua pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengaruh dan sokongan adalah wajar turun padang untuk menjenguk dan mendengar masalah rakyat yang memerlukan pertolongan; sebagai formula menarik sokongan rakyat kepada kerajaan.

Sebagai contoh, jika ketiadaan Wakil Rakyat di sesuatu kawasan, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR); Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO); Pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat yang dilantik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing harus proaktif turun padang untuk meninjau masalah rakyat dan melaporkannya kepada Adun masing-masing.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBSR) Semporna, Mohammad Seh Abdul Liri sejurus selepas membuat lawatan kerjanya meninjau ke jeti umum yang berhampiran dengan Pasar Ikan Pekan Semporna, kelmarin.

Kata Mohamad, sebagai pegawai kanan ADUN yang merupakan mata dan telinga kerajaan negeri Sabah, mereka harus memenuhi kriteria tertetu dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh dengan etika dan bertanggungjawab.

Sebaliknya masalah ketiadaan para pegawai dari Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan kakitangan pejabat ADUN yang mewakili kawasan Sulabayan memantau secara bersama dengan Majlis Daerah Semporna; menyebabkan tadbir urus dan prasarana pasar di Semporna kelihat tidak teratur; seolah-olah seperti sebuah pasar di Selatan Filipina.

Dalam hal ini, jelas Mohammad lagi, masyarakat tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada Wakil Rakyat mahupun pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Daerah Semporna (MDS) kerana beberapa faktor di luar kawalan.

Mungkin disebabkan tiada laporan yang disampaikan oleh para pegawai UPKR dan pejabat ADUN berkenaan, maka Majlis Daerah Semporna sukar memantau dan menaiktaraf prasarana umum di Semporna, terutama jeti dan kemudahan lain.

Dalam pada itu, Mohammad Seh turut menyarankan agar pemimpin BN di Semporna tidak bertelagah berhubung soal calon dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk meletakkan calon yang layak.

"Sebagai pemimpin dan ahli BN, kita terima sesiapa sahaja yang dicalonkan. Yang penting semua calon yang diletakkan diterima rakyat dan boleh bekerja sama sebagai satu keluarga besar BN," kata Mohd Seh yang meyakini BN mampu mempertahankan tiga kerusi ADUN dan satu kerusi Parlimen di Semporna.

6 comments:

  1. Rakyat perlulah bijak memilih pemimpin yang akan mewakili mereka. jangan tersilap langkah, nanti merana untuk menunggu 4 tahun lagi.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 harus sentiasa ingat tanggungjawab yang telah diamanahkan

    ReplyDelete
  3. setiap pemimpin harus melaksanan tugas dan tanggungjawab mereka dgn baik dan telus.

    ReplyDelete
  4. Setiap wakil rakyat sememangnya perlu meninjau sendiri kawasan yang bermasalah dan memerlukan pembelaan dan pembaikkan.

    ReplyDelete
  5. mana2 PKR dan CDO yang tidak proaktif dan tidak produktif patut dipecat supaya tidak mendatangkan masalah dikemudian hari..

    ReplyDelete