Saturday 14 April 2012

‘POTLUCK’ MUDANITA WADAH BARU SAPP



SERAMAI lebih kurang 50 orang beliawanis telah hadir ke Tanjung Lipat kelmarin (11 April 2012) untuk menjayakan program ‘Pot Luck’ Mudanita yang telah di anjurkan oleh Pergerakan Mudanita SAPP dan turut serta oleh belia SAPP.

Program yang julung kali diadakan oleh Pergerakan Mudanita selepas penubuhannya pada 25 March 2012 ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan wanita muda di kawasan Kota Kinabalu yang berusia 18-35 tahun untuk berkumpul dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia dan khususnya di negeri Sabah tanpa mengira fahaman politik.

Program seumpama ini juga bertujuan menggalakkan wanita muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat agar tidak terjebak dalam gejala sosial yang kurang sihat dan pada masa yang sama dapat bersuka ria melalui aktiviti dan sukaneka yang diadakan.

Pengerusi Pengajur selaku Pengerusi Pergerakan Mudanita, Philicica Tong berkata, lebih banyak aktiviti-aktiviti seumpama dan membina akan diadakan pada masa akan datang bagi menarik minat golongan muda khususnya wanita muda.

Beliau juga menyatakan bahawa golongan muda adalah golongan pelapis masa hadapan dan mereka harus sedar dan peka terhadap tanggungjawab dari segi pembangunan dan eko sosial negeri Sabah.

Pergerakan Mudanita Komited untuk membantu golongan muda yang berada di Sabah dan sentiasa bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment