Monday 2 April 2012

PROGRAM BELIA GAGAL CAPAI SASARAN

Oleh : CHANG SHAK HUNG

GOLONGAN belia yang ingin dan telah menceburi bidang perniagaan, merupakan satu kesinambungan di dalam industri perniagaan di dalam negara. Semasa saya menghadiri perjumpaan belia yang melibatkan pertubuhan dan persatuan belia Cina di Sandakan pada 9 Mac 2012, para belia telah mengutarakan beberapa isu dan perkara yang masih membelenggu golongan belia sehingga ke hari ini.

Salah satu adalah berhubung dengan ‘Sistem Penyampaian Maklumat’ yang sepatutnya dimainkan peranan oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan belia terutamanya dalam menceburi bidang perniagaan di Sandakan khususnya dan di Sabah amnya.

Melalui maklumat yang diperolehi, terdapat satu skim yang dikenali sebagai Skim Belia Niaga (SBN) yang disediakan khas untuk para belia yang berumur 18 hingga 40 tahun untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Pemohon boleh mendaftar secara online melalui laman web Majlis Penggalakkan Ekonomi Belia (MPEB) di www.mpeb.gov.my dan tujuan pinjaman ini dibuat bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran serta dijadikan modal kerja.

Selain itu juga, terdapat Skim Belia Tani-I (SBT-i) dan Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS) yang diwujudkan bagi tujuan membantu golongan belia mempertingkatkan diri dalam aktiviti pertanian dan asas tani. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui cawangan di AgroBank atau melayari laman web www.agrobank.com.my.

Bagi menggalakkan siswazah yang telah tamat pengajian menceburi bidang perniagaan di dalam industri seperti sektor pengangkutan, pelancongan dan francais, satu skim yang dikenali sebagai Tabung Usahawan Siswazah (TUS) telah diwujudkan dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui SME Bank.

Syarat permohonan termasuklah graduan tidak melebihi umur 40 tahun dan perlu lulus program latihan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

Di samping itu juga, kerajaan juga telah menubuhkan sebuah syarikat modal teroka milik kerajaan yang bernama 'MyCreative Venture Capital' memperuntukan dana permulaan sebanyak RM200 juta untuk memberi golongan belia yang mempunyai minat dan kebolehan dari segi inovatif di dalam bidang teknologi.

Selain itu juga, beberapa inisiatif yang telah diberikan oleh kerajaan dan ini termasuklah pembentangan Bajet 2012 yang telah dibentangkan tahun lalu oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dengan peruntukan yang begitu besar sekali.

Namun yang demikian, kesukaran untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan mungkin menjadi mimpi ngeri memandangkan peruntukan yang besar ini, langsung tidak dihebohkan dan disampaikan oleh pemimpin Barisan Nasional dan Wakil Rakyat terutamanya di Sandakan ini.

Antara skim pinjaman yang boleh diperolehi oleh para pengusaha terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah seperti pembelian atau menaiktaraf mesin; memberi pinjaman mudah dengan menyediakan pembiayaan modal kerja dan modal pusingan; pembelian perisian komputer serta perkakasan untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan lain-lain lagi.

Laman web yang lain yang boleh dilayari adalah seperti www.midf.com.my (Malaysian Industrial Development Finance Bhd), www.pns.com.my (Perbadanan Nasional Bhd) dan www.smebank.com.my (Bank Perusahaan Kecil & Sederhana M’sia Bhd).

Bajet 2012 juga telah memperuntukan RM300 juta untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang telah dinaikkan dari RM120 juta pada tahun 2011 kepada RM300 juta pada tahun 2012. Tabung ini adalah khas untuk kaum bumiputera sahaja.

Bukan itu sahaja, kerajaan telah memperuntukan RM2.1 billion untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi tujuan pembiayaan pinjaman mikro dan daripada jumlah tersebut, RM100 juta diperuntukan untuk kaum Cina dan RM100 juta untuk kaum India melalui satu unit khas di bawah AIM.

AIM diwujudkan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia melalui pemberian pembiayaan kepada isi rumah miskin bagi membiayai kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan melalui Wakil Rakyat (YB) sepatutnya melaksanakan tanggungjawab dalam membantu belia dengan sistem penyampaikan maklumat (information delivery system) yang efisien dan tidak mensia-siakan niat murni kerajaan dalam membantu golongan belia.

Penduduk di Sandakan terutamanya golongan belia tidak harus dipinggirkan dalam arus pembangunan terutamanya dari segi peluang perniagaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

22 comments:

  1. byk usaha dan program dibuat untuk menggalakkan belia menceburi bidang perniagaan, par belia harus menfaatkan peluang2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belia harus sedar diri dan melihat jarak jauh.

      Delete
  2. Institute Skill-Tech is going to train Sabahans in various skills programmes mostly in agriculture and also agriculture based industries such as husbandry, crops, biotechnology, agro-tourism and ect. The courses will be tailored to suit the needs of SDC. The most important is this is going to benefit a lot of Sabahans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last year, Institute Skill-Tech has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) in the area of training entrepreneurs in agriculture development and related industries under the Sabah Development Corridor (SDC).

      Delete
    2. With the MoU Institute Skill-Tech is going to explore more on the training itself and the business opportunities for our graduates.

      Delete
    3. The signing ceremony between SEDIA’s president cum chief executive Datuk Dr Mohd Yaakub Johari and Institute Skill-Tech executive chairman Nordin Abd Malek was witnessed by Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

      Delete
    4. Nordin said that with the MoU, Institute Skill-Tech will be conducting skills training courses at its branch in Keningau for Sabahans.

      Delete
    5. According to Nordin, Institute Skill-Tech which started in 2008 and opened its branch in Keningau a year later, the MoU is the further development programme, firstly to train Sabahans, and secondly to give opportunity to its graduates to participate in any SDC projects.

      Delete
    6. As of last year, Institute Skill-Tech have trained 1,500 people in various sectors especially in estate plantation, fisheries and agro-tourism. In the latest development, Institute Skill-Tech have ventured into programmes such as food processing and biotechnology especially on tissue culture.

      Delete
    7. Nordin also said that Institute Skilll-Tech has three branches in Malaysia, with its main campus in Melaka.

      Delete
    8. Its Keningau branch is the biggest in the country, and its third branch is located in Perak, he said, adding that the Keningau branch accommodates about 500 students in three courses, fisheries, agro-tourism and estate plantation.

      Delete
  3. Seharus mengkaji punca kesalahan dan mencari formula baru untuk menjayakan program yang bermanfaatkan belia.

    ReplyDelete
  4. Belia harus bersedia menceburi diri dalam industri yang berpotensi dan semakin berkembang.

    ReplyDelete
  5. Bukan itu sahaja, kerajaan telah memperuntukan RM2.1 billion untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi tujuan pembiayaan pinjaman mikro dan daripada jumlah tersebut, RM100 juta diperuntukan untuk kaum Cina dan RM100 juta untuk kaum India melalui satu unit khas di bawah AIM.

    Peruntukan yan gdiberi harus digunakan untuk tujuan memperkembangan ekonomi khas golongan rakyat yang tidak berkemampuan.

    ReplyDelete
  6. Kenapa pula tidak mencapai sasaran? Harus mengkaji puncanya.

    ReplyDelete
  7. Ethnic Chinese youth will gain from an innovative 20m ringgit ($6.5m) 1Malaysia Youth Fund of prime minister Najib Razak who encourages creativity, innovation and enterprise.

    ReplyDelete
  8. Youth wing of the Federation of Chinese Associations of Sabah (FCAS), has taken the lead in fostering cultural, educational and business ties with China.The Sabah government has donated 100,000 ringgit to fund FCAS activities.

    ReplyDelete
  9. Youths have a critical role to play in making Malaysia a high income nation by 2020. State govt has always been responsive to the need of youths providing them with skills training and opportunities to become entrepreneurs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib said the fund is for young people to start innovative and creative projects to promote his 1Malaysia unity policy. He said youth between 15 and 40 can receive grants for business projects or anything to do with community building, environment, sports, culture and arts.

      Delete
  10. Golongan belia pun perlulah aktif dan mencari inisiatif sendiri untuk mendapatkan maklumat2 berhubung dengan program2 yang dilaksanakan oleh kerajaan. Tidak boleh salahkan sepenuhnya pada pihak2 yang berkenaan.

    ReplyDelete
  11. Para belia ini inginkan bantuan dan bimbingan untuk terus maju kehadapan. Maka kerajaan memainkan peranan membantu mereka ini.

    ReplyDelete
  12. inilah antara puncanya kenapa banyak kemudahan2 yang disediakan oleh kerajaan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di negara ini.. kerajaan perlu mengarahkan badan2 pelaksana agar sentiasa turun padang menjelaskan fungsi mereka disamping membantu rakyat terutamanya belia2 yang masih kurang jelas ini bantuan2 kerajaan ini..

    ReplyDelete