Friday 13 April 2012

PUTERI UMNO GIAT PERKASA JENTERA HADAPI PRU



DALAM usaha menangkis dakwaan-dakwaan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN) melalui alam maya, Puteri Umno kini sedang giat melatih anggotanya untuk menjadi penulis blog.

Ketua Pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain itu, anggota parti itu turut turun padang bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan pembangkang terhadap BN.

Ini adalah antara usaha yang sedang giat dijalankan oleh Puteri Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Seni Kulinari Chef Liza di Kuala Lumpur, kelmarin.

Rosnah berkata beliau juga turut meninjau persiapan sayap itu di negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja jentera pilihan raya Puteri berjalan lancar dengan melibatkan kesemua anggotanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment