Monday 2 April 2012

RAKYAT TUNGKU DIGESA SOKONG KERAJAAN


RAKYAT di kawasan Tungku, khususnya di Zon Tanjung Labian digesa supaya terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan hari ini dalam merealisasikan matlamat membangunkan negara demi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Tungku, Datuk Haji Mohd Suhaili Said berkata, rakyat di kawasan Tanjung Labian haruslah bersyukur kerana pelbagai pembangunan telah dilaksanakan di kawasan itu termasuk yang terbaru iaitu projek bekalan elektrik (Hybrid Solar).

“Apabila bekalan elektrik wujud di kawasan ini, maka ia sudah pasti akan menjana pelbagai kemudahan penduduk dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.

“Sudah tentu, penduduk kampung di sini akan mendapat manfaat sebagaimana yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak kepentingan rakyat hendaklah diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Sentuhan Kasih dan Program Promosi Bersama Masyarakat yang dianjurkan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat dan Pejabat Kesihatan kawasan Lahad Datu dengan kerjasama Lions Mandarin Club Lahad Datu, Pergerakan Wanita Umno Silam, Panel Penasihat Kesihatan Lahad Datu dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Felda Sahabat.

Kata Suhaili lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang terbaik yang telah terbukti kemampuan mentadbir negara dengan pelbagai kejayaan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

Justeru beliau meminta rakyat agar terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan bagi membolehkan mereka terus menikmati pembangunan yang berterusan.

Sementara itu, dalam majlis itu Suhaili turut mengumumkan projek membekal tangki air sebanyak 50 buah untuk diageh-ageh kepada penduduk kampung di Tanjung Labian dan juga pembinaan balai raya baru kampung Tanagian melibatkan nilai RM25,000.

Dalam pada itu, pelbagai pengisian telah dimuatkan sepanjang program berlangsung antaranya ialah memberikan rawatan percuma kepada penduduk kampung, kempen derma darah, pertandingan kesihatan bagi kategori kanak-kanak umur 7 hingga 9 tahun, penyampaian hamper kepada golongan yang tidak berkemampuan dan penyerahan dua buah kerusi roda kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

15 comments:

  1. semoga penduduk Tungku akan trus memberi sokongan terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Pasti penduduk Tungku akan memberi sokongan jika mereka rasakan selama ini hak dan kepentingan mereka terjaga.

    ReplyDelete
  3. saya yakin penduduk Tungku tahu menilai, dan terus menyokong kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Penduduk akan terus memberikan sokongan jika mereka mendapat apa yang mereka mahukan. Kerana penduduk sekarang lebih matang berbanding sebelum ini. Maka kerajaan perlulah bijak menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.

    ReplyDelete
  5. hanya melalui program atau projek bantuan kerajaan ke kawasan itu sepatutnya sudah cukup untuk memujuk penduduk di kawasan itu untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan tanpa perlu berkempen.. tidak perlu risau jika wakil rakyat dan kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk kawasan itu..

    ReplyDelete
  6. Sabah Umno liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Said Keruak has asked the people to be mindful of political opportunists who are willing to rock the boat for their selfish interest.

    ReplyDelete
  7. In making the call, he said the people should instead support the Barisan Nasional (BN) government’s transformation agenda mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for the good of the people, the state and the nation.

    ReplyDelete
  8. “Watch out for political opportunists. They are even prepared to sacrifice the basis of the nation’s foundation,” he said in his speech at a family day at the Padang Kota Belud, here yesterday

    ReplyDelete
  9. Also present were Kota Belud Member of Parliament, Datuk Abdul Rahman Dahlan and Usukan state assemblyman Datuk Japlin Akim.

    ReplyDelete
  10. Salleh, who is also Sabah legislative assembly Speaker, said that demonstrations and changes of ruling parties in other countries did not solve economic problems of the masses.

    ReplyDelete
  11. “In Malaysia our track record and economic indicators are positive. That’s why the people should support Najib to continue leading the nation,” he said.

    ReplyDelete
  12. Recently, the authorities had given the green light to electoral reform movement Bersih 3.0 to organise a rally but wants its organisers to negotiate with the police on a suitable location.

    ReplyDelete
  13. Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was quoted as saying that the “sit-in” rally scheduled for this April 28 at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur, was not considered a “security issue”.

    ReplyDelete
  14. “The government does not see Bersih 3.0’s plans as a security issue and we are allowing them to have it,” he said.

    ReplyDelete
  15. But he stressed that in accordance with the spirit of the just-passed Peaceful Assembly Act 2011, street protests were still considered outlawed.

    ReplyDelete