Thursday 12 April 2012

RAYUAN GSTT PEDALAMAN SABAH.

Oleh : IZZ RAMIAN MIYAN

PERGERAKAN Pemuda PBRS pimpinan Khairin Bador berjaya mempertemukan kumpulan Bekas Guru Sandaran yang diwakili ketuanya, Larry Raphael dengan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Dalam pertemuan selama 30 minit itu, Larry yang mewakili 22 orang GSTT telah berjumpa dan berbincang nasib para GSTT yang masih gagal memasuki maktab perguruan.

Larry turut menyerahkan memorandum kepada Kurup untuk disampaikan kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

"Kita melihat satu Perbincangan yang positif dan kerjasama yang erat yang di berikan oleh Khairin. Perbincangan dan penyerahan memorandum kami juga di terima baik oleh Presiden PBRS dan kami ucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau membantu menyelesaikan kemelut yang kami hadapi ," kata Larry.

Ketika ditanya, apakah program yang sesuai bagi GSTT, Larry berkata bagi mereka, pengambilan ke Maktab Perguruan atau KDC (Kursus Dalam Cuti) tidak menjadi masalah bagi mereka.

"Sekiranya kuota ke maktab telah penuh, kami bersedia mengajar dan menerima options ke Maktab Perguruan bagi modul KDC. Minat mendalam ini, patut di ambil perhatian. Kami sudah kerap kali merayu namun tetap gagal, biarlah kali ini, melalui Tan Sri, usaha kami berjuang mendapat ruang menabur bakti akan di ambil perhatian," kata Larry.

No comments:

Post a Comment