Monday 23 April 2012

REGATTA LEPA ANGKAT MARTABAT BAJAU



Oleh: SHAIMON S JUMADI

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal berkata Pesta Air Regatta Lepa merupakan pesta yang paling istimewa bagi penduduk Daerah Semporna yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan sub-suku kaum, yang bersatu menggembleng jiwa dan tenaga bagi menjayakan pesta tradisi pada tahun ini.

Shafie menambah, penganjuran Regatta Lepa bukan sahaja sebagai produk pelancongan, bahkan sesuai dengan halatuju kerajaan Sabah dan Koridor Pembangunan Sabah (Sabah Development Corridor) (SDC) yang meletakan Daerah Semporna dalam Zon Industri Pelancongan; namum Regatta Lepa juga mengangkat keunggulan budaya kaum di Semporna, khususnya etnik bangsa Bajau di persada antarabangsa.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Pesta Air Regatta Lepa 2012 Semporna ke 19 di belakang Hotel Sea Fest Semporna yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Hj Mahiruddin, kelmarin.

“Regatta Lepa juga menjurus mendokong konsep 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' di mana konsep ini telah menjadi hasrat Perdana Menteri Malaysia agar rakyat terus bersatu pada sesuai dengan tema sambutan pada tahun ini 'Regatta Lepa Lambang Keunggulan Seni Budaya 1 Malaysia," jelas Shafie lagi.

"Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Induk Regatta Lepa ke 19 2012 yang diketuai oleh Pegawai Daerah Semporna (DO) serta para jawatankuasa pelaksana dan seluruh warga Semporna kerana Berjaya menganjurkan Pesta ke 19 ini dengan jayanya.

Penghargaan dan terima kasih juga saya sampaikan kepada Pengurus acara F&R Exhibition and Conference dan acara para penaja yang turut memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.

Sempena sambutan pesta tersebut sebagai pengisian program itu, pelbagai acara sukan laut telah diadakan antara pertandingan perahu Lepa, Panjat Tiang, Pukul Bantal, lumba perahu dan Pertandingan Perahu Cantik dan tidak ketinggalan pameran pelbagai jenis produk tempatan yang disertai lebih 200 yang membabitkan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang turut mengambil bahagian.

8 comments:

  1. Kaum Bajau Laut perlukan anjakan paradigma untuk membawa mereka ke stau tahap yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shafie pasti akan membantu kaumnya di Semporna

      Delete
  2. Semoga pesta Regatta ini mendapat sambutan ramai.

    ReplyDelete
  3. Pesta seperti ini menjadi satu aset kepada industri pelancongan di negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu pelancong2 tidak mahu ketinggalan acara tu

      Delete
  4. perayaan ini mmg menaikkan martabat masyarakt Bajau Semporna.

    ReplyDelete
  5. Maka teruskan usaha mengekalkan kebudayaan ini untuk generasi akan datang. Harap Pesta sebegini akan disambut dengan lebih mariah.

    ReplyDelete
  6. syabas kepada penganjur Regatta Lepa kerana berjaya membawa seni budaya Bajau ini ke peringkat yang lebih tinggi..

    ReplyDelete