Saturday 21 April 2012

RM35 JUTA BIMBING USAHAWAN MARA


Oleh : SHAIMON S JUMADI

MARA yang merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terus memainkan peranannya ke arah membantu dan memberi peluang pinjaman kepada pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam pelbagai jurusan bidang; di mana-mana universiti dan di Pusat Giat MARA untuk melatih mereka dalam pelbagai aspek kemahiran.

Tujuan MARA berbuat demikian lebih menjuruskan kepada memberikan peluang-peluang pekerjaan yang lebaik setelah mereka tamat mengikuti pelbagai kursus dan justeru mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.

Menteri KKLW yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata demikian dalam sesi sidang Media sejurus selepas menyempurnakan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan MARA 2012 dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada Terbaik SPM/STMP Daerah Semporna baru-baru ini.

RM35 JUTA BIMBING USAHAWAN MARA

Katanya lagi, tahun lalu seramai 730 orang peniaga telah mengikuti pelbagai kursus asas untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan bagi mengurus perniagaan dan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM 60 juta untuk negeri Sabah sahaja.

Kata Shafie lagi, untuk pembiayaan skim Pembangunan Usahawan, pihak MARA telah menyediakan peruntukan untuk Sabah sahaja sebanyak RM35 juta untuk membimbing para peniaga dalam pelbagai bidang.

"Sasaran utama pada tahun ini, di Sabah kita letakan kepada usahawan-usahawan yang di taja oleh MARA dalam lingkungan seramai 981 orang yang membabitkan peruntukan RM75 juta dan ini merupakan jumlah peruntukan yang agak besar dan ini juga satu pencapaian yang boleh dibanggakan,” jelas Shafie.

Mengenai pembayaran balik oleh para peminjam kata Shafie, pulangannya sangat baik dan memuaskan tetepi kebanyakan para peniaga dan usahawan wanita sahaja yang berbuat demikian.

Dalam perkembangan berkaitan, mengenai cadangan pihak pembangkang khususnya PKR supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan, Shafie menyifatkan ini satu cadangan dan tindakan bodoh mereka.

Katanya, kerajaan yang ada sekarang menyediakan skim dan peruntukan sedemikian rupa menjurus kepada membantu golongan keluarga miskin untuk dapat meneruskan cita-cita mereka bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya di Universiti-Universiti berkenaan.

"Parti pembangkang hanya pandai bercakap saja ibarat memukul ting kosong, suara nyaring berdesing tetapi satu bendapun tiada. Dari itu, rakyat jangan mudah terpedaya oleh dakyah-dakyah songsang mereka yang mengelirukan fikiran rakyat untuk meraih simpati dan sokongan rakyat terhadap perjuangan sia-sia mereka,” kata Shafie.

Dalam kesempatan di majlis Karnival tersebut, beliau bagi pihak MARA telah menyampaikan Cek Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), Cek Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP), Cek Pendahuluan Pelajaran dan Sumbangan Beg Sekolah kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Sekitar Daerah Semporna.

14 comments:

  1. Tahniah kepada kerajaan kerana sentiasa berusaha menyalurkan bantuan untuk pembangunan kemahiran rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan tidak mengabaikan rakyat, cuma ada golongan menipulasikan isu tersebut.

      Delete
  2. Pembangkang hanya memanipulasikan isu PTPTN untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu cuma alat saja. alat politik untuk menarik undi golongan muda

      Delete
  3. Peruntukan tu harus digunakan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  4. Dalam kesempatan di majlis Karnival tersebut, beliau bagi pihak MARA telah menyampaikan Cek Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), Cek Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP), Cek Pendahuluan Pelajaran dan Sumbangan Beg Sekolah kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Sekitar Daerah Semporna.

    Syabas dan semoga peruntukan ini digunakan dengan wajar.

    ReplyDelete
  5. MARA akan menghasilkan lebih banyak usahawan berjaya lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Jika benar parti pembangkang mencapai kemenangan, janji untuk memantushkan PTPTN harus ditunaikan.

    ReplyDelete
  7. Semoga lebih banyak golongan muda yang berbakat dapat dipupuk untuk membangunkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  8. Kalau banding pinjaman PTPTN dan MARA, agaknya mana yang lebih mahal kadar bunga bila buat pembayaran balik nanti?

    ReplyDelete
  9. Kata Shafie lagi, untuk pembiayaan skim Pembangunan Usahawan, pihak MARA telah menyediakan peruntukan untuk Sabah sahaja sebanyak RM35 juta untuk membimbing para peniaga dalam pelbagai bidang.

    Pastikan bantuan ini diberi untuk golongan yang berkelayakan. Sebab ada juga golongan yang mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  10. ramai usahawan telah dihasilkan oleh MARA.

    ReplyDelete
  11. Teruskan memberikan bantuan kepada usahawan untuk melaksanakan perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  12. pemimpin2 pembangkang perlu lihat usaha2 kerajaan ini.. siapa kata kerajaan mengabaikan belia.. pelbagai bantuan diberikan khas kepada belia untuk memajukan diri mereka dalam bidang keusahawanan..

    ReplyDelete