Thursday 26 April 2012

SABAH BUKAN LAGI FIXED-DEPOSIT BN





Oleh : WAN NORDIN WAN YAACOB

RAKYAT Sabah harus mendepani cabaran menjadikan Sabah bukan lagi fix deposit kepada Umno BN dalam pilihan raya umum ke-13. Demikian kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman semasa berwacana di Tawau, malam tadi.

Wacana bertajuk Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia itu dianjur PAS Tawau di Hotel MB dekat sini bermula jam 9 malam tadi.

Dua panel dijemput menghangatkan wacana termasuk Ahmad Lutfi dan Penolong Ketua Penerangan PKR Sabah, Musli Oli.

Lutfi berkata, jika PRU12 lalu yang menyaksikan tsunami berlaku di Semenanjung, namun Sabah dan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN.

Namun, beliau merasakan bahawa keadaan itu akan berubah dalam PRU13 ini dengan kebangkitan tsunami merentasi Laut China Selatan.

Sementara itu, Musli yang baharu menyertai PKR lima bulan lalu berkata, beliau yakin 11 kerusi akan diperolehi Pakatan Rakyat di Sabah.

Telahan itu berdasarkan kepada mood rakyat Sabah yang semakin tidak boleh menerima BN menerajui negeri ini, jelas Musli.

Namun, beliau tetap bimbang dengan kempen berdasarkan sentimen perkauman oleh Umno BN akan ditelan pengundi khasnya Melayu untuk terus meyokong BN.

Beliau amat berharap, rakyat Sabah melakar perubahan ini dan menjadi penyumbang kepada usaha menenggelamkan BN di peringkat pusat. Wacana ini dihadiri lebih 150 tetamu dengan dewan yang penuh.

19 comments:

  1. nampaknya PAS pun tidak mahu ketinggalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Sabah Bukan fixed deoposit PAS. jadi kemungkinan PAS kalah teruk di Sabah sangat besar.

      Delete
  2. di sabah, PAS hanya menumpang populariti rakan2 sekutunya dalam PR iaitu PKR dan DAP..PAS tahu PAS tidak akan diterima di sabah disebabkan perjuangan/ideologi politiknya yang berlandaskan kepada agama semata-mata..sedangkan di sabah rakyat adalah terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan agama yang mana telah gagal untuk difahami dan dihayati oleh PAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Sarawak pun tiada kerusi yang dimenangi oleh PAS sewaktu pilihanraya Sarawak tahun lalu. PAS di Sabah dan Sarawak memang kurang sambutan.

      Delete
    2. Kalau macam tu, nampaknya peluang besar untuk PAS kalah teruk di Sabah.

      Delete
  3. PAS does not stand a chance in winning the election in sabah.

    ReplyDelete
  4. The people will always choose BN over PAS. Sabah is not the right place for PAS to contest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really PAS is not relevant in Sabah. Better go back to WM.

      Delete
    2. PAS parti nyamuk, sekadar menuhi forum politik di Sabah.

      Delete
  5. rakyat yang akan menentukan siapa memerintah.

    ReplyDelete
  6. Apa sumbangan PAS di Sabah? Kerajaan sudah banyak membantu walaupun masih ada yang kurang. Tapi usaha kerajaan sentiasa berterusan.

    ReplyDelete
  7. PAS menghadapi cabaran di Sabah.

    ReplyDelete
  8. Memandangkan keadaan, BN menghadapi cabaran giat dari parti pembangkang juga.

    ReplyDelete
  9. Rakyat sendiri akan menyumbang kepada perubahan di masa akan datang. Setiap undian amat bernilai dan cukup membawa perubahan yang besar.

    ReplyDelete
  10. BN akan buat lebih banyak untuk mengukuhkan kuasa.

    ReplyDelete
  11. Kita tunggu saja nanti keputusannya pada PRU akan datang. Jawapannya semua ada disana.

    ReplyDelete
  12. Sabah bukan juga deposit Pakatan atau PAS.. sepatutnya tajuk wacana ini ditukar kepada 'selamatkan Sabah dari parti2 Malaya seperti PKR, DAP dan PAS..

    ReplyDelete
  13. "Musli yang baharu menyertai PKR lima bulan lalu berkata, beliau yakin 11 kerusi akan diperolehi Pakatan Rakyat di Sabah."

    baru lima bulan dalam PKR sudah berani buat ramalan2 kemenangan untuk parti.. kasi sedap diri sendiri saja ba ni..

    ReplyDelete
  14. ""beliau tetap bimbang dengan kempen berdasarkan sentimen perkauman oleh Umno BN""

    siapa yang hina penduduk asli Sarawak kononnya tidak tahu mengundi, masih pakai cawat dan sebagainya?? pemimpin dari pakatan juga...

    ReplyDelete