Thursday 12 April 2012

SABAH PERLU PERJUANGKAN AUTONOMI

Saudara Pengarang,

SAYA hanya sekadar ingin memberi pandangan. Saya adalah Warga Melayu Johor yang telah bernikah dengan Warga Sabah (keturunan Kadazan Dusun) dan kini menetap di Sabah.

Pada hemat saya, Sabah dan Sarawak sepatutnya telah menjadi kuasa autonomi seperti Acheh dan sewajarnya rakyat Sabah diberi peluang memerintah sendiri, mentadbir hasil masyhul sendiri dan menjaga rakyat dan kedaulatannya sendiri.

Saya teramat sedih kerana selama ini Kerajaan Pusat seperti menganaktirikan Sabah dan Sarawak. Saya harap suatu hari nanti semua kaum di Sabah dan Sarawak bangkit dan meluahkan hasrat agar kuasa mentadbir diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Kini tiba masanya untuk Kerajaan dan rakyat Sabah membangunkan kembali tamaddun yang tertimbus di celah lipatan sejarah Sabah dan membebaskan diri daripada penindasan politik, ekonomi dan kedaulatan.

Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa bagi pihak Bangsa Melayu Semenanjung, kami tidak mempunyai sebarang masalah atau sengketa dengan rakyat Sabah, namun Pemimpin Persekutuan yang angkuh dan sombong menjadikan kami dimangsakan dan dipandang serong rakyat Sabah,

Salam Hormat,

MANGSA POILITIK MELAYU

4 comments:

  1. Masa tu mungkin akan tiba, apabila rakyat Sabah dan Sarawak sudah bersedia memerintah sendiri.

    ReplyDelete
  2. mmg Sabah mengharapkan kuasa aotonomi diberikan kepada mereka, ini bagi memastikan hak2 Sabahan terpelihara.

    ReplyDelete
  3. Autonomi untuk Sabah telah lama diperjuangkan. Sekarang semua itu dijalankan secara berperingkat oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  4. semua masalah2 Sabah akan selesai hanya sekadar memecahkan Sabah kepada beberapa buah negeri.. dengan cara ini peruntukkan kerajaan persekutuan juga akan terbahagi kepada lebih dari 13 buan negeri.. setiap pentadbiran kerajaan negeri di Sabah pasti akan lebih cekap kerana pemimpin2 kerajaan boleh memfokuskan pembangunan ekonomi hanya untuk kawasan itu..

    ReplyDelete