Friday 13 April 2012

SALAH GUNA DADAH, KAKITANGAN HOSPITAL DITAHAN



SEORANG kakitangan awam Hospital Labuan bersama seorang lagi rakannya lelaki warga tempatan ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di Labuan.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Kuala Penyu itu ditangkap secara berasingan di kawasan Stesen Minyak Petronas Durian Tunjung dan di Hospital Labuan kira-kira jam 4 petang pada Selasa.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, kakitangan kerajaan itu juga sebelum ini pernah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Hasil daripada tangkapan itu polis dapati kedua-duanya positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang diemailkan kepada media kelmarin.

Saiman berkata, kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 30 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADK) 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan denda RM5,000 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment