Saturday 28 April 2012

SAR-KAFA GARINONO JADI REALITI



                       

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI

DENGAN tertubuhnya Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) secara tidak langsung membantu masyarakat Islam untuk menambah ilmu agama untuk anak-anak dan diri mereka sendiri.

Sebagai ibubapa, umat Islam harus sentiasa memastikan anak-anak mendapat pelajaran akademik dan pelajaran agama secukupnya untuk menjadi insan yang mulia agar dapat berbakti kepada nusa, bangsa dan agama.

Lantaranitu, kelas KAFA diwujudkan untuk membimbing anak-anak dan ibubapa menuntut ilmu agama sebagai perisai dan membenteng diri daripada anasir-anasir luar yang sentiasa cuba menghancurkan perpaduan Islam; bahkan mahu melenyapkan agama Islam dari dunia ini.

Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaan Kampung Pertanian Kg Garinono, Batu 25, Jalan Labuk, Sandakan, Yusoff Latiff Ambrose berkata demikian ketika berucap di majlis Pecah Tanah Wakaf SAR-KAFA milik tanah arwah Misran bin Marnoh kepada JAKIM yang disempurnakan oleh Pengarah JAKIM Sabah Hj Ahmad Zaki Hj Arsyad, di sini kelmarin.

"Seperti sedia maklum, bahawa gejala maksiat dan sosial kini masih berada ditahap yang amat membimbangkan bukan saja merangkumi para remaja dan belia-belia bahkan gejala maksiat kini telah menular kepada segelintir pemimpin politik. Semua ini semua mungkin disebabkan mereka cetek dalam pengetahuan agama Islam dan  mudah dipengaruhi, di samping didorong oleh nafsu syaitan,” tegasnya.




Yusoff menambah, ledakan globalisasi menyebabkan masjid sering kosong kerana anak muda lebih tertumpu ke Pusat Hiburan dan gemar melakukan maksiat di mana sahaja tanpa menghitung dosa dan pahala mereka.

Menurut Yusoff, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ditubuhkan lebih kurang 7 tahun di Kampung Garinono, Batu 25, ini dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Pertanian dengan murid seramai 115 orang dan enam orang guru, empat daripadanya guru sukarela yang dibayar gaji daripada hasil kutipan yuran yang disumbangkan oleh para ibubapa.

"Menyedari hakikat ini, balu Allahyarham Misran bin Marnoh, Puan Asmah Binti Nordin (Isteri baru saya) dengan besar hatinya telah mewakafkan tanah seluas 100 kaki lebar X 25 kaki panjang untuk menubuhkan dan membina bangunan Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fahdu Ains (KAFA) yang menamakan SAR-KAFA MISRAN MARNOH,” jelas Yusoff.

Katanya, perongkosan bagi membina projek Bangunan SAR-KAFA MISRAN MARNOH yang mempunyai 2 tingkat dan 6 ruang bilik darjah sebuah bilik solat dan sebuah bilik untuk guru-guru dianggarkan bakal menelan belanja sebanyak RM800,000.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Garinono memohon jasa baik Pengarah JAKIM Sabah agar dapat menambah lagi sedikit peruntukan untuk pembinaan bangunan SAR-KAFA MISRAN MARNOH ini,” rayunya.

No comments:

Post a Comment