Tuesday 24 April 2012

SAYAP KANAN UMNO WAJIB PROAKTIF



POTONG ….Juslie mengetuai gotong-royong 1Kampung Gum-Gum.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEMANGAT kerjasama antara satu sama lain harus dikekalkan ini demi menjamin kesejahteraan penduduk setempat dalam menikmati keharmonian aman dan damai bagi mewujudkan perpaduan agar dapat melahirkan nilai-nilai murni dan jati diri untuk menjadi insan yang proaktif.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian ketika berucap sebelum memulakan Gotong Royong 1Kampung di Kampung Gum-Gum, Jalan Labuk, kelmarin.

Gotong royong tersebut anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Libaran telah disertai lebih 200 orang yang membabitkan ahli-ahli cawangan UMNO serta penduduk-penduduk kampung berkenaan.

“Sikap dan peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO Libaran menganjurkan program ini merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan dan ini juga memberi contoh kepada Pergerakan Pemuda UMNO bahagian yang lain agar dapat mengikut jejak mereka,” ujar Juslie.

Kata Juslie lagi, Pergerakan Pemuda UMNO merupakan sayap kanan kepada parti, maka wajar terus proaktif untuk bergerak maju ke hadapan dan berganding rapat dengan ahli-ahli; tidak kira di peringkat manapun agar terus mantap demi menjamin sokongan rakyat kepada UMNO dan BN tidak berbelah bahagi.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Hj Mohd Zakaria Hj Edris dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

5 comments:

  1. Kena proaktif setiap masa. bukan dekat2 PRU saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. proaktif perlu ada pada setiap masa. semangat kerjasama perlu diterapkan.

      Delete
    2. wakil rakyat harus aktif sepenuh masa dalam tugasan2 yang telah diamanahkan

      Delete
  2. Bagus tu gotong royong. Semua harus mengambil bahagian dalam aktiviti seperti tu.

    ReplyDelete
  3. selain memperbanyakkan program2 berbentuk kebajikan/sosial, banyakkan juga program berbentuk bantuan..

    ReplyDelete