Friday 20 April 2012

SEGULUNG IJAZAH TIDAK JAMIN MASA HADAPAN



AZIZAH menyampaikan sijil dan plak anugerah berserta laptop kepada pelajar terbaik.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

MENTERI Pembangunan Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mod Dun berkata segulung ijazah tidak menjanjikan masa hadapan yang baik kepada pelajar tanpa kecemerlangan sahsiah dan ketrampilan diri.

Sehubungan itu beliau mengingatkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) membulatkan tekad dan usaha untuk mencapai kecemerlangan sebagai modal insan yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama.

“Segulung ijazah tidak akan menjanjikan masa hadapan yang baik. Dengan demikian saya ingin mengingatkan para penerima anugerah hari ini agar mebulatkan tekad dan teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM dan STPM 2011 bagi kawasan Dun Klias dan Kuala Penyu di SMK Kota Klias di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort, Salleh Mohd Ideris, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Penyu merangkap pengerusi penganjur, Abd Mastan Ahmad, Pengetua SMK Kota Klias, Jaya silar a/l Muniandi, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Dun Klias, Amsir Dani, Ketua Daerah Kuala Penyu, Raymond Insi dan Pengerusi PIBG SMK Kota Klias, Johari Matusin.

Pada majlis itu seramai 42 pelajar cemerlang terdiri daripada 21 lepasan SPM 2011 dan 21 pula pelajar lepasan STPM 2011.

Lima pelajar terbaik daripada setiap kategori menerima sijil dan plak penghargaan berserta laptop yang disampaikan Azizah.

Selain itu Azizah juga menyerahkan raket tenis kepada SMK Kota Klias dan SMK Gadong yang akan mewakili Daerah Beaufort ke kejohanan tenis peringkat negeri.

Azizah yang juga Adun Klias berkata kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai tanpa kegigihan, komitmen dan pengorbanan yang besar daripada semua pihak.

“Menyedari hakikat dan keperluan ini saya ingin menyeru agar semua ibu bapa, warga pendidik dan masayarakat keseluruhannya terus komited bagai membantu pihak kerajaan menjana kejayaan demi kejayaan kepada generasi pelajar kita,” katanya.

10 comments:

  1. Ilmu dan kemahiran perlu seimbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehidupa selepas tamat belajar adalah lebih mencabar

      Delete
    2. sebab itulah pelajar digalakkan mengambil kursus2 pengajian yang bukan setakat tertumpu pada teori.

      Delete
  2. Graduan perlu ada daya saing yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk pelajari benda2 baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain itu, perlu pandai mencari dan mencipta peluang sendiri.

      Delete
  3. Selepas menjalani kehidupan sebagai pelajar, seseorang tu perlu lebih kreatif dan flexible dalam kehidupan seterusnya

    ReplyDelete
  4. ilmu yang diperolehi semasa pengajian kena dimanfaatkan dgn baik, sebaiknya ceburi bidang perniagaan.

    ReplyDelete
  5. Keyakinan dan kebolehan diri itu penting untuk memastikan kejayaan sendiri.

    ReplyDelete
  6. terlalu ramai belia2 yang memiliki ijazah hari ini namun masih ramai antara mereka yang menganggur.. oleh sebab itu para pelajar perlu memfokuskan bukan sahaja segulung ijazah, malah aspek2 lain yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia pekerjaan..

    ReplyDelete
  7. ketika kerajaan giat melaksanakan initiatif2 kerajaan dalam membantu belia2 dalam menjana pendapatan mereka, belia2/pelajar juga perlu membantu diri mereka sendiri untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa bersedia merebut segala peluang yang ada..

    ReplyDelete