Tuesday 24 April 2012

SEMPORNA KEKAL TRADISI KUBU KUAT BN



DAMAI.....Mural alam yang melatari Kampung Air Semporna menjadi aset pelancongan dan menggambarkan keharmonian kaum.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

HAMPIR tiga minggu Wartawan Sabahkini.Net berada di Daerah Semporna atas tugas-tugas rasmi yang diarahkan oleh Sabahkini.net di Kuala Lumpur dan berakhir pada 23 April 2012 (kelmarin) telah berjaya menyelongkar sedikit sebanyak maklumat mengenai sejarah dan kehidupan seharian masyarakat Semporna.

Selama berada di Semporna, nampaknya tidak sia-sia kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada para pemimpin politik, mahupun pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam bentuk maklumat yang berkaitan dengan sejarah daerah Semporna; di samping sempat mencungkil pandangan Anak Jati Semporna, Haji Hisham Haji Abdul Fattah.

Secara kebetulan, Haji Hisham bertugas sebagai Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.189 Semporna dan merupakan orang kanan atau kepercayaan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal.

Menurut Hj Hisham, Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar bersama keluasan 282,880 ekar dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan kawasan pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan termasuk pulau-pulau sekitarnya.

Daerah Semporna juga kata Hj Hisham, berhampiran dengan persempadanan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia dan keindahan alam semula jadinya dilatari sebahagian dari pulau-pulau yang dikelilingi oleh terumbu karang; menjadikan Semporna sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini.

'Tong Talun' adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang membawa maksud sebenar 'Hujung Hutan' dalam istilah suku kaum Bajau; dan orang yang bertanggungjawab menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang.

Pada ketika itu, tambah Hj Hisham, Daerah Semporna diliputi hutan tebal (Belantara) di awal penemuannya, lantaran nama Tong Talun telah ditukar dengan nama 'Semporna' yang membawa maksud dan pengertian mendalam “Tempat yang aman atau damai” sehingga sekarang ini.

PROAKTIF.....Pegawai Daerah Semporna yang sentiasa proaktif memastikan Semporna terus membangun.

Mengikut statistik Banci Perumahan Malaysia, daerah Semporna mempunyai penduduk seramai 114,989 dan suku Bajau merupakan kaum yang terbesar iaitu 63,088 orang; diikuti kaum Melayu 3,562 orang; Cina 1,049 orang; Kadazan 604 orang; Murut 43 orang dan bumiputera lainnya 7,237 orang; bukan bumiputera 2,725 orang dan kaum lain 35,761 orang.

Ekonomi daerah Semporna banyak bergantung kepada tiga sumber utama iaitu pertanian 65 peratus, nelayan 30 peratus dan perniagaan 5 peratus. Perusahan pertanian melalui tanaman kelapa sawit merupakan sumber pendapatan yang utama bagi penduduk Semporna dan sebahagian dari ladang-ladang yang diusahakan dan dimiliki oleh orang perseorangan dan syarikat-syarikat tertentu.

Menurut Hj Hisham lagi, kerjaya nelayan dan perniagaan merupakan sumber kedua pendapatan masyarakat setempat daerah Semporna, di samping sektor industri pelancongan sebagai penjana ekonomi di daerah berkenaan.

Selain itu, daerah Semporna juga mempunyai 11 mukim dan 117 buah kampung yang ditadbirurus 115 badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan empat (4) Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB).

Semporna dilatari kawasan DUN iaitu Senallang, Datuk Hj Nasir Tun Hj Sakaran; Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban dan Sulabayan, Datuk Hj Herman Mohd yang terangkum dalam Kawasan Parlimen Semporna yang diwakili oleh Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal.

Tambah Hj Hisham lagi, selain tiga ADUN dan seorang ADR yang memainkan peranan untuk memastikan pembangunan infrastruktur di daerah Semporna siap guna; Pegawai Daerah, M A Ibnu A Kadir Baba merupakan teraju penting yang memacu Urusetia Jabatan Kerajaan Negeri ke arah pembagunan yang terancang.

BERSIH..... Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna, Jaafar juga berperanan memastikan Semporna terus bersih.

Dalam menjaga kebersihan termasuk kemudahan-kemudahan awam untuk masyarakat setempat bagi menjana ekonomi, Majlis Daerah Semporna yang diketuai Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Jaafar sentiasa mempastikan daerah Semporna terus membangun dalam suasana Bandar Pelancongan semula jadi.

Dari segi politik, daerah ini merupakan dominasi politik UMNO dengan keahlian seramai 35,403 orang yang bernaung di dalam 481 cawangan yang menyokong kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Shafie Hj Apdal.

Sabahkini.Net yang menjelajah ke daerah ini atas tugas rutin yang disebut sebagai 'Road Show Service' meyakini bahawa BN terus gagah dan terus menjadi kubu kuat UMNO sehingga sukar dibolosi pengaruh pembangkang seperti PKR, SAPP, STAR, DAP, PAS dan SPF kerana tiada pintu atau ruang untuk mereka bertapak kerana 90 peratus warga Semporna terlalu taksub dengan UMNO/BN.

26 comments:

  1. Darimana datangnya beratus ribu warganegara d Semporna ini? Jika anda hendak tahu inilah Daerah pintu masuk PTI2 dari Selatan Philippine ke Negeri Sabah dan Negara M'sia. Tidak ada tindakan apa2 oleh pihak berkuasa Kerajaan kerana d sinilah datangnya NAIB PRESIDEN UMNO Malaysia yg d uar-uarkan membayar Artis seharga Rm:1.5 juta itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiada tindakan apa2 oleh pihak berkuasa, pasti berjuta yang masuk..

      Delete
    2. Meragukan juga ni kalau di Semporna sebab ramai PATI.

      Delete
    3. PATI akan menjadi diperalatkan untuk mengukuhkan kuasa?

      Delete
  2. 90%? memang susah lah mahu tembus..

    ReplyDelete
  3. jika sokongan tetap kekal menjelang pru13, maka UMNO/BN pasti akan menang di semporna..

    ReplyDelete
  4. Usah terlalu yakin. apa2 pun boleh terjadi dalam PRU nanti.

    ReplyDelete
  5. semporna perlu dibangunkan lagi.

    ReplyDelete
  6. Keputusan berada di tangan rakyat.

    ReplyDelete
  7. lets see how opposition defeat BN in coming PRU.

    ReplyDelete
  8. Pasti ada sebab kenapa rakyat semporna loyal dengan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daerah Semporna memang sudah menjadi kubu kuat BN dari dulu lagi.

      Delete
  9. Lets see whether the people will jump party?

    ReplyDelete
  10. Perketatkan kawalan disempadan Semporna. Pasti ramai PATI yang mahu masuk Sabah

    ReplyDelete
  11. Yang penting sekali laksanakan setiap perkara yang telah dijanjikan kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. belom boleh cakap 'kekal menjadi kubu kuat BN' selagi pilihanraya belum berlalu.. mungkin 'ya' dan mungkin juga 'tidak'.. sebaik2nya jangan mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding, sebaliknya teruskan usaha menyelesaikan masalah2 rakyat di Semporna..

    ReplyDelete
  13. I doubt the opposition can matched with what the present government has provided for the people of Sabah. Barisan Nasional (BN) Government will never break its promises: Barisan would also never disregard the people's requests.

    ReplyDelete
  14. With 50 years of experience running the country, only the BN Government is capable of developing the country and its people.

    ReplyDelete
  15. The development enjoyed by the people such as electricity, water, roads, schools and institutes of higher learning such as Universiti Malaysia Sabah (UMS), were made possible because of the Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  16. This is because of the leaders who place the people foremost in their minds when planning for the country.

    ReplyDelete
  17. To this, the people to continue supporting the government especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  18. BN has already proven itself and this is evidenced with its vision and mission aimed at enhancing the people's lives irrespective of their race, religion and locality. The BN Government is indeed a government that fulfils its promises.

    ReplyDelete
  19. When Najib was appointed the sixth Prime Minister, he planned various strategies so as to help people with low income.

    ReplyDelete
  20. The Federal Budget 2012 is one example where it is geared towards improving the people's lives. In education, aid is provided to the pupils including secondary students and also students at institutes of higher learning.

    ReplyDelete
  21. There is also a special fund to repair schools, purchasing of equipment and construction of additional blocks.

    In addition, the government also conducts various programmes to spur the people's economy from time to time.

    To top it up, the government also distributes aid directly to the people via its transformation programmes such as the First House Scheme, 1Malaysia Housing Scheme, Fishermen Housing Scheme and People's Friendly Housing Scheme.

    ReplyDelete
  22. The government recently distributed RM500 to each family that earns less than RM3,000 a month. In Sabah, almost 356,000 people have received the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) scheme.

    ReplyDelete