Monday 9 April 2012

SERONOKNYA JADI DATIN PIA!

Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

BETAPA istimewanya menjadi 'isteri angkat @ gundik' ADUN BN kerana sekalipun mempunyai saman tertunggak sejumlah RM460 sejak 2004, namun Pia Binti Dahlan, yang mendakwa dirinya anak saudara Tuan Yang DiPertua Negeri Sabah; bebas daripada Ops Warta yang dilancarkan bagi memburu pesalah trafik yang gagal membayar kompoun.

Mengikut semakan Paparazzi daripada rekod Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK), Pia melakukan enam kesalahan lalu lintas termasuk tidak memiliki lesen memandu; tiga daripadanya dilakukan di Lahad Datu antara 2004 hingga 2009, manakala tiga lagi kesalahan dilakukan di Kota Kinabalu di antara 2009 hingga 2011.

Sikap angkuh Pia sering kali mendatangkan masalah kepada anggota polis trafik yang menjalankan tugas kerana Pia sering meletakkan kenderaan dan meninggalkan kenderaannya sesuka hati; tetapi memaki hamun polis jika disaman.

Daripada data RILEK, Paparazzi mendapati Pia telah memiliki dan memandu empat buah kereta, tiga daripadanya iaitu SS5551A, SAA5521H dan SAB599A didaftarkan atas nama Pia, manakala sebuah lagi SA5845X atas nama seorang bekas pemain bola sepak Sabah, Karti Tukimin.

SAMAN.....Kereta SS5551A telah disaman pada 9 Mei 2004 di Jalan Teratai Lahad Datu melalui saman bernombor 001M159279 atas kesalahan tiada lesen memandu. Inilah saman pertama Pia setelah mendapat IC Projek dengan bantuan daripada Datuk S.

HALANG.....Kereta SA5845X milik Karti Tukimin ini telah disaman melalui saman bernombor 01GG693634 di Lorong Centrepoint Kota Kinabalu kerana Pia menghalang lalu lintas.

DUA KALI....Kereta SAA5521H pula telah dua kali disaman melalui saman bernombor 01UU433359 dan 01UU433733 di Bandar Wilayah Jasa Lahad Datu kerana melanggar isyarat dan menghalang lalu lintas.

DATIN....Pia berlagak sebagai 'Datin' kerana meletakkan kereta SAB599A hadiah Datuk S sesuka hati sehingga turut disaman dua kali iaitu melalui saman bernombor 01GG557661 dan 01DK687187 di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Mini Putrajaya, Kota Kinabalu kerana melakukan halangan lalu lintas.

Kesemua kompoun terkumpul yang belum dijelaskan Pia ialah RM460 tetapi PDRM tidak mengeluarkan waran tangkap sebagaimana dilakukan kepada pesalah trafik biasa. Hanya Ketua Polis Trafik Bandaraya Kota Kinabalu kenapa Pia tidak diburu seperti pesalah trafik lain?

7 comments:

  1. Keranda lama di korek habis hehe, ini kali lah..

    ReplyDelete
  2. Saman pun boleh kena tahu juga, dahsyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang serba tahu. Tapi pihak JPN tidak dapat menyiasat dakwaan bahawa Pia memiliki Mykad palsu melalui pintu belakang kerana tidak dinyatakan no Mykadnya

      Delete
  3. Agaknya apalah reaksi Pia Binti Dahlan? mesti isu ni sudah tersebar luas.

    ReplyDelete
  4. Tahulah kau orang "kaya" tapi undang2 tetap undang2. Jangan mahu temberang sangat.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya isu Datuk S ini semakin heboh. Namun masih belum tahu lagi siapakah Datuk S yang dimaksudkan itu.

    ReplyDelete
  6. bersiri2 pendedahan dibuat, tidak tidak pula buat laporan polis atau sprm.. atau misi utama pendedahan ini adalah untuk mengaibkan pihak tersebut??

    ReplyDelete