Wednesday 4 April 2012

SESB KUDAT SEMAKIN TERUK

Saudara Pengarang,

UNTUK makluman semua, kemudahan elektrik di kampung Tinangol dibina pada 1999. Pada waktu itu kami menganggap ia adalah satu rahmat yang maha tinggi; ibarat matahari muncul buat pertama kali sesudah melalui tempoh musim sejuk yang panjang dan menyeksakan.

Begitulah harapan kami semua, apalagi semenjak SESB (LLS sebelumnya) di swastakan demi untuk memberikan perkhidmatan elektrik yang lebih baik.

Namun harapan itu tidak pernah terjadi apabila kualiti perkhidmatan SESB tidak dinaiktaraf malah semakin buruk dan kadang-kadang kami berfikir bahawa tindakan kerajaan menswastakan harta awam boleh diibaratkan seperti menyuruh tikus membaiki labu. Memang amat merugikan dan menyusahkan.

Bekalan elektrik ke kampung Tinangol semakin tidak menentu sejak akhir-akhir ini terutama ketidak stabilan arus eletrik sehingga banyak peralatan elektrik dan elektronik rosak.

Akibatnya, kami terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membeli peralatan baru atau memperbaiki peralatan rosak dan kami bimbang jika keadaan ini berlarutan, akan membahayakan keselamatan kami, terutama litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.

Sehubungan itu, kami menyeru agar SESB memperbaiki segera perkhidmatan mereka di kampung Tinangol kerana selama ini mereka terlalu cekap memotong bekalan elektrik jika kami terlewat bayar bil; sebaliknya mereka terus gagal memberikan perkhidmatan terbaik.

Salam Hormat,

ORANG TINANGOL

8 comments:

  1. Hopefully SESB will improve their services to Kudat area, it is their duty to ensure that all equipments are working in good conditions.

    ReplyDelete
  2. Better electricity supply to Kampung Tinangol should be provided, SESB should look into this complaint from the people.

    ReplyDelete
  3. SESB harus selesaikan masalah ini segera.

    ReplyDelete
  4. 'Mereka terlalu cekap memotong bekalan elektrik jika kami terlewat bayar bil; sebaliknya mereka terus gagal memberikan perkhidmatan terbaik.'

    Harap pihak SESB dapat memperbaiki perkhidmatan mereka.

    ReplyDelete
  5. SESB harus kerap memantau masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  6. SESB harus membetulkan kelemahan yang ada ini. Naiktaraf kemudahan elektrik bagi memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  7. sebelum buat aduan di Sabahkini, sebelum ini ada buat aduan terus kepada SESB??

    ReplyDelete