Sunday 22 April 2012

SIME DARBY HINA YANG DIPERTUAN AGONG?



Saudara Pengarang,

SALAM 1Malaysia kepada seluruh Warga Sabah. Di sini kami ingin meluahkan sekali lagi rasa ketidakpuasan hati terhadap syarikat Sime Darby Plantation (Sabah) yang hanya ingin mengaut keuntungan di bumi Sabah yang subur ini.

Kami warga tempatan yang bekerja di Sime Darby sangat tidak berpuas hati di atas tindakan Sime Darby yang mengarahkan kami bekerja pada 11.04.2012; sedangkan hari tersebut telahpun diumumkan sebagai cuti umum bagi menghormati Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

Agak memalukan, Sime Darby (Sabah) mengarahkan dan mendesak kesemua pekerjanya turun bekerja seperti hari biasa dan bayaran gaji pada hari tersebut sekadar gaji seperti hari biasa.

Kami tiada pilihan kerana menjaga periuk nasi kami untuk anak-anak kami. Kami juga diberitahu yang cuti umum tersebut digantikan/di tukar dengan tarikh pada 1 Ramadhan nanti. Sekiranya siapa yang tidak turun kerja pada hari tersebut elaun akan dipotong. Apa maksud semua ini. Kenapa kami diperhambakan ketika Ketua Negara ditabalkan?

Sime Darby (Sabah) tidak menghormati Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baru dan bebas melanggar arahan kerajaan Malaysia yang telah mewartakan hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agong sebagai CUTI UMUM.

Sime Darby (Sabah) juga telah melanggar peraturan yang telah tercatat dalam Ordinan Buruh Sabah. Rujuk Seksyen 103 (6), (7), (8) dan sewajarnya dihukum.

Sebagai syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat perladangan antarabangsa, Sime Darby wajib menjadi contoh kepada syarikat-syarikat swasta, terutamanya di Sabah ini dan janganlah hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata.

Hak kebajikan para pekerja jangan diabaikan. Kami juga sangat-sangat kesal dan bersedih kerana pihak Kesatuan Sekerja (SPIEU) Sabah hanya membisu dan berdiam diri di kala ahli-ahlinya ditindas oleh Sime Darby. Jangan jadikan kami sebagai kambing hitam untuk kepentingan sendiri sahaja.

Salam Hormat,

WARGA MOSTYN

10 comments:

  1. Tindakan Sime Darby agak keterlaluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak pengurusan Sime Darby harus menyelesaikan kemelut pekerjanya.

      Delete
  2. Lapor kepada pihak yang berkenaan tentang penindasan ini jika Sime Darby tidak dapat beri alasan yang relevan.

    ReplyDelete
  3. Kalau public holiday tapi bekerja biasanya dapat double pay tu. mesti mahu claim tu double pay.

    ReplyDelete
  4. Sebab kes tidak diberi cuti ja ni.

    ReplyDelete
  5. jika tak puas hati laporkan saja pada jabatan tenaga kerja.

    ReplyDelete
  6. Tidak perlulah kita memburukkan Agong kita. Seharusnya kita sebagai rakyat perlulah menghormati Raja kita.

    ReplyDelete
  7. Memang tidak patut seharusnya cuti diberikan kepada mereka semasa menyambut hari kebesaran Agong. Kalau disuruh kerja pun sememstinya ada gaji tambahan untuk semua itu.

    ReplyDelete
  8. ambil tindakan undang2 la.. lebih ambil tindakan undang2, ajak semua staf tinggalkan terus syarikat ini..

    ReplyDelete
  9. bagaimana pula dengan syarikat2 lain seperi kompleks membeli belah?? ketika hari pertabalan YDPA, adakah pekerja2 Giant, Milimewa dan Survay bercuti?? boleh ka mereka juga dikatakan menghina Agong??

    ReplyDelete