Wednesday 25 April 2012

SINDIKET JUAL DARA DI LABUAN?





Saudara Pengarang.

PERCAYAKAH anda Wilayah Persekutuan Labuan kini maju setapak lagi dalam industri pelancongan dan pelacuran melalui Sindiket Menjual Dara? Dengan hanya RM5,000, pelancong boleh menjadi lelaki pertama menebuk dara gadis perawan yang muda jelita dan melayari bulan madu selama tiga malam?

Anda mesti percaya kerana kami sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab ingin menyalurkan maklumat terbuka mengenai Sindiket Menjuara Dara, Maksiat dan Judi Haram kepada pihak berkuasa atasan seperti Jabatan Imigresen dan Unit D7 Polis melalui portal popular, Sabahkini.net.

Pusat hiburan di Labuan kini bukan sahaja menjalankan perniagaan aktiviti maksiat tapi juga menjual wanita dara yang baru sampai ke Labuan dari Filipina (Virgin Girl) kepada pelanggan mereka dengan harga RM5,000 untuk tiga malam.

Sebelum ini Labuan terkenal dengan jolokan 10:3 iaitu RM10 untuk tiga tin minuman keras, kini popular dengan 5:3 iaitu RM5,000 untuk tiga malam bersama Pelacur Dara (Virgin Prostitute).

Kami mendesak pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen menghantar Unit Penguatkuasa dari Putrajaya membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang terlibat dengan maksiat; dan bukan 'mummy' atau Pengurus Karaoke sahaja yang ditangkap, manakala tauke pula terlepas dari tindakan undang-undang.




Sebagai contoh, pada 8 April 2012, pihak Imigresen telah menjalankan 'Ops Sayang' di beberapa Pusat Hiburan dan Pusat Urut di Labuan dan kami difahamkan semua tauke karaoke dan rumah urut sudah diberitahu awal-awal lagi.

Akibatnya, ramai GRO tidak turun kerja dan rehat di penginapan yang dikawal rapi. Pada malam serbuan tersebut, kurang dari 10 wanita yang turun bekerja di setiap karaoke dan pub.

Kami tinjau beberapa karaoke sebelum serbuan seperti Manila Cafe, Havana Karaoke, Tiptop Karaoke, Popini Karaoke, V8 Karaoke, Strawberry Karaoke; kami dapati tidak kurang dari 500 GRO; belum termasuk rumah urut dan pool house yang ada di Labuan.

Kami harap Polis dan Jabatan Agama Islam akan sentiasa menjalankan serbuan 'Ops Sayang' di pulau kecil ini seperti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.



Kami juga kesal kerana Polis Labuan semakin gemuk kerana membiarkan premis juga tumbuh bagai cendawan dan dijaga polis Labuan. Premis Mesin judi haram di Tingkat Satu, Pekan Jati (sebelah kedai Magnum 4D ) telah beroperasi sejak dua tahun lalu tanpa gentar kepada operasi pihak berkuasa tempatan dan polis.

Kami terpaksa memberi maklumat terbuka melalui Sabahkini.net supaya pihak berkuasa seperti PDRM dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan dan SPRM akan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua judi haram internet yg banyak telah beroperasi berleluasa di tengah bandar Labuan ini.

Salam hormat,

MR SAM DAN RAKAN
Anti Judi & Maksiat

7 comments:

  1. Semua pelanggan pelacur dari Philippine d Labuan tertipu dengan Penjualan Dara ini. D Manila Dara boleh d buat @ Repair oleh Doktor sakit puan dengan harga RM:1,200.00 sahaja. Bererti gadis ini masih memperolihi untung dalam RM:3,800.00 lagi.

    ReplyDelete
  2. Perkara ni memang sangat memberi imej buruk pada negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imej buruk di mata dunia. Pasti Labuan akan terkenal dengan aktiviti tu.

      Delete
  3. kegiatan ini harus dibanteras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa perlu mengesan dalang dan menangkap mereka semua.

      Delete
  4. Inilah yang kita harap pihak berkuasa tangani.

    ReplyDelete
  5. cuba buat laporan rasmi terus kepada pihak polis Labuan.. kalau masih belum ada apa2 tindakan, buat laporan terus kepada bukit aman..

    ReplyDelete