Wednesday 11 April 2012

SKANDAL POLITIK WAYANG KULIT



Oleh : MUTALIB M.D

LEDAKAN globalisasi melontar dunia siber semakin jauh, tetapi majoriti ahli politik Malaysia masih terpenjara di dalam kotak pemikiran yang sempit, bagaikan cerita tujuh orang buta berusaha mengenal seekor gajah.

Tanpa usul periksa atau berlandaskan sebarang bukti yang melampau keraguan munasabah, seseorang ahli politik begitu mudah melemparkan tuduhan dan menganyam fitnah bagi menjatuhkan musuh politik mereka.

Media siber yang majoritinya mengaku bebas tetapi berhaluan kiri memperdagangkan profesionalisme kerana ada tokoh ternama yang sanggup membayar RM15,000 untuk satu artikel 'fitnah, jahat, mengelirukan dan tidak bermaruah'; terutama mencipta bukti yang tidak wujud dan menghilangkan bukti yang nyata.

Di ambang pilihanraya mula gegak gempita dengan kempen, penulis skrip politik semakin bijak mencipta tokoh bayangan kerana ramai daripada mereka merupakan 'Ghost Writer' yang mencari makan dengan menjatuhkan pemimpin yang berada di tampuk kuasa; termasuk menghalalkan cara, tidak dapat tanduk, telinga dipulas.

Pembangkang yang selama ini menjadi 'Whistle Blower' bagaikan Ombak Tsunami yang maha ganas namun pecah berkecai ketika membanting pemecah ombak sehingga kesannya seperti air paip di Kampung Simpang Empat Kunak, yang lebih banyak keluar angin daripada air.

Sabahkini.net akan mendedahkan secara bersiri 'Siapakah Third Force' dalam politik Malaysia yang menjadi 'Tok Dalang' Wayang Kulit termasuk menggunakan 'pembangkang sebagai pencacai' untuk mencapai hajat mereka; sekalipun terpaksa menjadi Brutus dan menderhaka kepada negara dan melumpuhkan parti.

No comments:

Post a Comment