Sunday 22 April 2012

SOKONG BN BAGI JAYAKAN VISI NEGARA MAJU



DATUK Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan visi menjadikan Malaysia negara maju dapat dicapai sepenuhnya.

Bernama Online melaporkan Perdana Menteri berkata negara memerlukan kepimpinan kuat dan berkebolahan bagi merealisasikan aspirasi Malaysia menjadi negara berstatus maju serta berpendapatan tinggi.

“Pembangkang boleh menawarkan anda matahari, bulan malah galaksi tetapi ini seolah mencabar kebijaksanaan anda,” dipetik Bernama Online.

“Tetapi saya pasti, sekarang anda dapat membezakan perkara yang baik untuk negara dan apa yang boleh dicapai oleh negara,” katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di sini, semalam.

Katanya negeri-negeri yang ditabir oleh pembangkang seperti Selangor gagal menunaikan janji 32-perkara pada pilihan raya lepas termasuk pengurangan cukai tanah dan elaun bulanan kepada golongan ibu tunggal.

Najib berkata kerajaan Kedah dan Kelantan tidak banyak membawa perubahan manakala pelaburan di Pulau Pinang ketika ini merupakan syarikat yang pernah melabur ketika pemerintahan kerajaan BN di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan BN mempunyai agenda jelas dalam hala tuju negara dan rekod pencapaian kepimpinan BN sudah teruji semasa krisis ekonomi pada tahun 2009.

Katanya ada pemimpin negara yang keluar daripada kerajaan BN kini menjanjikan pelbagai perubahan untuk rakyat namum tidak melakukan sebarang perubahan ketika masih berkuasa sebelum ini.

Menurut Najib pemimpin berkenaan ketika berada dalam BN menyokong segala langkah kerajaan pada ketika itu namun selepas berada di luar kerajaan, suara pemimpin berkenaan sudah berubah dengan menentang keputusan mereka sendiri dahulu.

Misalnya, Najib berkata Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperkenalkan oleh beliau ketika menjadi Menteri Pelajaran disokong oleh pemimpin pembangkang yang ketika itu Menteri Kewangan namun hari ini beliau sendiri yang menentangnya.

Malah, katanya pemimpin pembangkang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng turut menyokong penubuhan PTPTN dengan mengundinya di Parlimen.

Justeru itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak menyokong pemimpin yang sentiasa berubah pendirian sebaliknya menyokong pemimpin yang meletakan kepentingan rakyat daripada segalanya.

17 comments:

  1. Berpijak di bumi yang nyata. Lebih senang untuk berjanji daripada menunaikannya. Undi dengan bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelaksanaan lebih penting daripada kata2 yang mengasyikkan

      Delete
    2. Jangan menjanjikan bulan dan bintang kalau tidak dapat melaksanakannya.

      Delete
  2. Apa-apa pun, BN akan menang juga dalam PRU13 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bergantung pada rakyat. apa2 pun boleh terjadi bila PRU nanti.

      Delete
  3. Rakyat lebih matang dalam menilai sesuatu perkara terutama dalam hal2 negara/negeri. Diharap kerajaan lebih mengutamakan rakyat untuk menjayakan visi.

    ReplyDelete
  4. moga matlamat mencapai negara maju akan berjaya.

    ReplyDelete
  5. Buktikan terlebih dahulu kepada rakyat jika ingin dipercayai oleh rakyat.

    ReplyDelete
  6. kerajaan BN sememangnya mampu menjayakan visi negara maju.. pembangkang sedar dengan kemampuan kerajaan ini.. sebab itu mereka bantah apa sahaja projek2 pembangunan ekonomi kerajaan samada baik atau buruk..

    ReplyDelete
  7. BN are capable of doing what has been promised, thus will implement them as the government.

    ReplyDelete
  8. He said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.

    ReplyDelete
  9. In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.

    ReplyDelete
  10. In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.

    ReplyDelete
  11. “The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.

    ReplyDelete
  12. He said the BN government constantly strived for the prosperity of the people and ‘did not know how to spin’.

    ReplyDelete
  13. “That is their (opposition’s) politics, always spinning, everything (that we do) is wrong. What we are doing for the people, they want to destroy,” he said.

    ReplyDelete
  14. He said that under the BN government since the country’s independence, a son of a fisherman had succeeded to become a menteri besar to lead a state.

    ReplyDelete