Wednesday 25 April 2012

TABAH AJAK RAKYAT SABAH TURUN 28 APRIL





BELA Tanah Rakyat Sabah (TABAH) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di sini.

Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, ia merupakan himpunan lanjutan yang terpaksa diambil setelah pelbagai kaedah yang sama sebelum ini gagal diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri terutama melibatkan tanah rakyat.  

“Isu ini bukan pertama kali diketengahkan, bahkan kita juga sudah banyak menerima rungutan dan keluhan rakyat yang mengalami masalah tanah.

“Kita juga sudah membawa isu ini ke pengetahuan media dan perhatian Pejabat Ketua Menteri, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan dan perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan tidak dipedulikan malah menyulitkan lagi keadaan,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Sabah, dekat Kingfisher pagi tadi.

Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar dan bangkit dalam menuntut hak dan keadilan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya penindasan di kalangan rakyat.

“Sebagai rakyat, kita perlu sedar bahawa kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan. Seperti apa yang berlaku sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja mengelak untuk berjumpa dengan rakyat malahan melayan rakyat dengan cara yang tidak masuk akal.

“Tanah ini bukan untuk seminggu dua saja, tapi ianya digunapakai buat kepada generasi-generasi yang akan datang. Bila tanah kita ini dirampas dengan cara yang jahat, maka hak kita turut dinafikan oleh mereka.

Hisammuddin berkata, pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma terbaik dan bertindak secara baik untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

“Sudah menjadi kewajipan setiap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan cara yang bijak dan bukan dengan cara menindas golongan rakyat. Beberapa isu berkaitan perlu ditangani berkenaan seperti ketelusan dalam pemberian tanah, Tanah Hak Adat Sabah, pampasan dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau juga katanya akan memobilisasi rakyat bagi membangkitkan kesedaran untuk sama-sama turun dalam himpunan kelak yang juga turut dihadiri Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3.

18 comments:

  1. PAS mempergunakan perhimpunan Bersih untuk publisiti murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its obvious that PAS using this as a cheap publicity.

      Delete
    2. Bila dekat2 PRU saja keluar suara dorang ni.

      Delete
    3. Masing-masing ada cara untuk menambat dan menarik perhatian.

      Delete
  2. PAS harus menerima hakikat bahawa PAS tidak relevan di sabah...PAS sabah harus dibubarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik SM saja la.tumpukan perhatian pada Kelantan.tidak lama lagi kena tawan BN tu.

      Delete
    2. PAS harus kerjasama dengan parti lain.

      Delete
  3. When will PAS realize that they are not relevant in sabah??

    ReplyDelete
  4. tak perlu nak ikut perhimpunan mcm tu.

    ReplyDelete
  5. Yang penting tujuan perhimpunan tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its true, most important the motive must achieve.

      Delete
  6. Rakyat harus sedar bahawa tujuan sebenar Bersih dijalankan. Demi keadilan dan PRU yang lebih transparent, EC harus berubah dan membaiki kelemahan sistem PRU.

    ReplyDelete
  7. Rakyat semakin pandai dan mereka tahu apakah sebenarnya mereka perlukan.

    ReplyDelete
  8. Motif Bersih memang baik untuk menyeru PRU yang lebih bersih dan adil.

    ReplyDelete
  9. BERSIH di Sabah berjalan dengan aman, bagus. Tiada keganasan

    ReplyDelete
  10. Tidak ada yang istimewa pun dengan BERSIH untuk disokong. Ini cuma memecahkan keamanan Negara semata-mata.

    ReplyDelete
  11. itu sajalah yang Tabah tahu.. mengajak rakyat berhimpun.. jika peguam Kong Hong Ming dan Peter Marajin boleh membantu rakyat Sabah menggunakan saluran mahkamah, kenapa Tabah tidak??

    ReplyDelete
  12. PAS wajar ditolak di negeri ini.. kalaupun mereka berjaya merampas kerajaan Sabah, tidak ada jaminan bahawa negeri ini akan maju membangun.. bagaimana mereka mahu memajukan negeri ini jika penyelesaian mereka hanya melalui perhimpunan??

    ReplyDelete