Friday 6 April 2012

TAN SENG GIAW PUJI PM TUBUH PSC

USAHA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya mendapat pujian seorang anggota pembangkang di Dewan Rakyat.

Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkata usaha itu merupakan satu tindakan yang baik dan sememangnya menepati matlamat melihat sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan saksama.

Tan Seng Giaw juga menyatakan rasa puas hatinya dengan komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri untuk memastikan setiap kemenangan yang diperoleh parti-parti sama ada Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya pada pilihan raya umum akan datang, diperoleh dengan cara yang betul dan bukan melalui penyelewengan.

"Perdana Menteri sendiri memberitahu motif beliau menubuhkan PSC adalah untuk menyaksikan proses pilihan raya dijalankan secara bebas, adil dan saksama kerana beliau tidak mahu menang secara menyeleweng.

"Saya seronok betul apabila saya mendengar kenyataan Perdana Menteri yang mana beliau mahu perjalanan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bersih dan itu memang baik," katanya ketika membahaskan Pertimbangan Rang Undang-Undnag Perbekalan Tambahan (2011) 2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama di Dewan Rakyat, di sini kelmarin.

Terdahulu, Tan turut mengakui sebahagian daripada syor yang terdapat di dalam laporan akhir PSC yang dibentangkan pada Selasa lepas, adalah munasabah dan sewajarnya dilaksanakan terutama oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau juga yakin syor-syor tersebut boleh dikuatkuasakan dalam tempoh yang terdekat.

"Cuma saya tidak tahu sama ada SPR mempunyai semangat untuk menguatkuasa dan melaksanakan semua syor ini kerana saya diberitahu bahawa pada awalnya SPR tidak begitu berminat untuk menerima syor-syor ini.

"Itu yang saya dengar. Sama ada benar atau tidak saya hendak dengar daripada pihak SPR," katanya.

Sementara itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mencelah meminta agar Anggota Parlimen Kepong itu tidak mendengar khabar angin berkaitan proses pilihan raya di negara ini.

Ketika berbahas perkara yang sama beliau juga meminta satu lagi jawatankuasa pilihan khas baru ditubuhkan bertujuan memantau pelaksanaan syor-syor yang diputuskan oleh PSC seperti mana tercatat di dalam laporan jawatankuasa berkenaan. (Bernama)

16 comments:

  1. Kebanyakan pembangkang biasanya hanya tahu membangkang dan mengkritik saja tapi tidak dinafikan ada juga anggota pembangkang yang menyokong tindakan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Bersih 3.0 akan dilaksanakan pada 28 April ni. Nampaknya PSC masih belum memuaskan hati mereka.

    ReplyDelete
  3. PSC ditubuhkan bagi memastikan sistem pilihanraya kita dalam keadaan baik, bersih dan adil.

    ReplyDelete
  4. Tidak perlu bersih diadakan, PSC sedia mengkaji untuk menambahbaik sistem PRU supaya boleh digunakan dengan lebih yakin.

    ReplyDelete
  5. Seorang yang faham akan usaha kerajaan. Walaupun dipihak pembangkang namun menyokong perkara yang benar-benar membawa kebaikkan kepada kita.

    ReplyDelete
  6. hanya ketika era Najib, barulah PSC ditubuhkan.. terlalu berat tugas Najib sehingga terpaksa memperbetulkan kesilapan2 pemimpin2 terdahulu..

    ReplyDelete
  7. The Cabinet and Election Commission will study the 22 recommendations by the Parliamentary Select Committee on Electoral Reforms, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  8. The Prime Minister said PSC chairman Datuk Seri Dr Maximus Ongkili would be asked to table the report to the Cabinet soon.

    ReplyDelete
  9. He said the EC would also decide on which of the proposals could be carried out.

    ReplyDelete
  10. What is in the purview of the Government, the Cabinet will decide the way forward. The proposals will consume a substantial amount of time to go through the items that has been highlighted by the committee.

    ReplyDelete
  11. Whatever is deemed to be consonant with the objective of the whole exercise. There will be a very positive consideration because at the end of the day, we want to be seen in a positive light.

    ReplyDelete
  12. The Parliament had passed 22 recommendations listed in the PSC report on Electoral Reforms.

    ReplyDelete
  13. The Prime Minister said what was important was for the public to realise that the Government had nothing to hide and was all for fair and clean elections.

    ReplyDelete
  14. The prime Minister also emphasis that the National Front (BN) do not want to be elected on the basis of any form of fraud with the hope that the the opposition parties will not use this matter as a convenient excuse to hype up the issue and prolong it.

    ReplyDelete
  15. Najib said he did not understand why Opposition MPs had walked out of Parliament when the report was tabled as their representatives in the committee did not object to issues raised during meetings.

    ReplyDelete
  16. It was to his understanding that they (opposition members in the PSC) accepted the report but when it was tabled, they created chaos in the House, adding that any issues or differences in views should have been raised in the committee.

    ReplyDelete