Sunday 22 April 2012

TERAJU HIJAU TUNAI JANJI DI AGRIPOLITAN



PECAH TANAH....Masiung Kelihatan memulakan upacara majlis pecah tanah. (Maaf kerana imej tidak memuaskan)

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBANYAK RM1 juta diperuntukan untuk pembinaan sebuah Rumah Warisan dan lima buah Gereja Baru di Skim Agropolitan Lalampas, Tongod oleh Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd (konsesi pembalakan) yang dilantik oleh Ketua-Ketua Pemilik Tanah Geran Komunal Lalampas dengan mengenakan beberapa syarat.

Antara syaratnya ialah dengan membina lima buah gereja iaitu di Mukim Entilibon (Gereja SIB Meliau); Gereja Anglikan Meliau Gereja Namukon; Gereja Batu 2 Entilibon; Gereja Linayukan.

Upacara penyampaian peruntukan RM500 ribu telah dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Kuamut, Masiung Banah sejurus selepas upacara merasmikan Pecah Tanah Bangunan Rumah Warisan Minokok, Agropolitn Lalampas, kelmarin.

Turut menyaksikan penyerahan peruntukan tersebut ialah Pegawai Daerah Tongod Thomas Logijen dan Pengurus Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd Yapp Su Sen.

Kata Masuing, sebagai Wakil Rakyat yang dipilih untuk mewakili masyarakat Kuamut beliau akan sentiasa mengambil berat tentang masalah terutama sekali kebajikan rakyat harus diutamakan demi menjamin keselesaan hidup mereka seharian.

SUMBANGAN.....Penyampaian Cek Untuk Membina 5 Buah Gereja.

“Dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan tanpa sebarang pilih kasih,” jelas Masiung.

Bagi pihak Ketua-Ketua Pemilik Tanah Geran Komunal Lalampas, Masiung mengucapkan terima kasih kepada pihak Teraju Hijau Sdn Bhd kerana telah menunaikan janji untuk membantu pemilik tanah terbabit menaiktaraf kemudahan asas terutama rumah ibadah setalah mendapat hasil daripada mengutip sisa-sisa kayu berkenaan di atas tanah-tanah mereka.

9 comments:

  1. Tahniah! Teruskan usaha membantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan yang diberi diharap dapat digunakan sebaik mungkin

      Delete
  2. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an projek tu siap mengikut apa dalam perancangan

    ReplyDelete
  4. Peruntukan ni memang sangat menyenangkan hati penduduk di Tongod tapi diharap isu2 tentang tanah yang berlaku di daerah tersebut juga dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. moga projek ini berjalan dgn lancar dan tanpa masalah.

    ReplyDelete
  6. Pastikan projek yang dirancang akan sampai ke arah yang dirancang sepenuhnya.

    ReplyDelete
  7. Sumbangan yang dapat membantu kawasan tersebut untuk membina Gereja untuk kegunaan semua.

    ReplyDelete
  8. syabas kepada Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd.. pastikan semua yang dijanjikan ini dapat ditunaikan..

    ReplyDelete