Wednesday 4 April 2012

TIADA ID, TETAPI NAMA DALAM DAFTAR PEMILIH

Oleh : KUEK SER KUANG KENG

LAPORAN PSC Laporan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai reformasi sistem pilihan raya mendedahkan bahawa daftar pemilih mengandungi nama 1,136 anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad.

Sehingga 20 Mac, mereka tidak mempunyai sama ada MyKad atau MyTentera, iaitu kad pengenalan khas untuk anggota tentera.

Fakta yang mengejutkan itu dikesan semasa audit daftar pemilih dilakukan oleh Mimos Bhd, syarikat teknologi milik kerajaan, demikian menurut laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

Dalam laporan 73 muka surat itu, PSC mencadangkan supaya pasukan polis dan tentera membetulkan masalah itu dalam tempoh 60 hari mulai hari ini.

Usaha untuk membersihkan daftar pemilih yang telah dipertikaikan, menjadi sebahagian penting laporan tersebut.

Namun, cadangan utama yang dibangkitkan oleh PSC dalam laporan interimnya tahun lepas - untuk mengesahkan senarai pemilih di Sabah - telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan itu menyebut bahawa SPR tidak mempunyai cadangan untuk mengesahkan semula daftar pengundi di Sabah. Ia akan memberi tumpuan kepada usaha membersihkan daftar pemilih Sabah, dengan mengambilkira latar belakang pendaftaran pengundi di Sabah dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara.

PSC telah mencadangkan pengesahan senarai pemilih di Sabah selepas mendapati terdapat banyak nama yang meragukan dalam senarai tersebut.

Audit Mimos tidak mengesan pendaftaran berganda pengundi yang menggunakan nombor pengenalan Mykad 12-digit yang sama.

Bagaimanapun, 324 alamat yang setiap satu mendaftar lebih daripada 100 pengundi, serta 938 alamat dengan 51 hingga 100 pengundi setiap satu.

18 comments:

  1. Hope that the NRD and the EC will look into this sort of mistakes so that it will not become a problem during voting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah yang SPR hadapi harus dikenal pasti sebelum PRU13.

      Delete
    2. Pastikan PRU13 semua masalah sudah diselesaikan.

      Delete
  2. Make sure that the registered voters are truly Malaysian citizens under the NRD registration.

    ReplyDelete
  3. Kerjasama semua pihak diperlukan untuk memperbaiki proses pilihanraya.

    ReplyDelete
  4. Senarai daftar pengundi di Sabah memang banyak yang meragukan apalagi terdapat ramai PATI juga kewujudan kes2 pemberian Mykad melalui pintu belakang.

    ReplyDelete
  5. senarai daftar pemilih kena dibersihkan.

    ReplyDelete
  6. LAPORAN PSC Laporan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai reformasi sistem pilihan raya mendedahkan bahawa daftar pemilih mengandungi nama 1,136 anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad. - harap perkara ini dapat disiasat dan dikesan dengan segera.

    ReplyDelete
  7. harap tidak ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti ini harus dikenakan tindakan keras supaya tiada golongan yang mengambil kesempatan.

      Delete
  8. the government should not let the State's sovereignty and its people interest become their secondary priority

    ReplyDelete
  9. each year the problem of illegal immigrants are becoming more common ... hope the federal government really give serious attention to the problem faced by Sabahans

    ReplyDelete
  10. not sure yet BN would lose a sizeable chunk of votes if the RCI were to crack down on the state’s massive population of illegals...

    ReplyDelete
  11. Semua Malaysian tulen harus mengundi. Jangan pula diberi keistimewaan kepada PATI untuk menguatkan kuasa.

    ReplyDelete
  12. Kelamahan BN harus diselesaikan sebelum PRU13. Jika tidak, pasti banyak yang akan melompat parti.

    ReplyDelete
  13. PSC perlu menambahbaik segala yang berkaitan dengan PRU supaya segala keputusan adalah dipersetujui dan tiada yang argue.

    ReplyDelete
  14. Mereka yang meragukan ini akan dapat dikesan dan dikeluarkan dari pengundi sementara menunggu siasatan dilakukan.

    ReplyDelete
  15. ""Fakta yang mengejutkan itu dikesan semasa audit daftar pemilih dilakukan oleh Mimos Bhd, syarikat teknologi milik kerajaan,..""

    saya melihat isu ini dari aspek ketelusan kerajaan dalam menyelesaikan masalah2 akibat dari kelemahan mereka.. jika Pembangkang yang berhadapan dengan masalah ini, sudah tentu mereka akan sembunyikan dari pengetahuan umum..

    ReplyDelete