Friday 6 April 2012

TIADA TINDAKAN TERHADAP 3 PEGAWAI SPRM


JABATAN Peguam Negara mendapati tidak wujud kesalahan jenayah terhadap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock sebelum ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, setelah penelitian terperinci kesemua mereka didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Sehubungan itu, tiada tindakan undang-undang telah diambil terhadap ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut," kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen ketika menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PRK-Gopeng).

Lee meminta perdana menteri menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap tiga pegawi itu yang disyorkan dikenakan tindakan setimpal ekoran kematian mendiang dalam tahanan SPRM.

Bagaimanapun, kata Nazri, siasatan pasukan siasatan khas SPRM memutuskan hanya satu pertuduhan tatatertib oleh dibuat terhadap mereka atas kesalahan tidak mengawal selia saksi semasa siasatan. (Bernama)

7 comments:

  1. Pegawai SPRM sepatutnya tidak terlibat dengan kes2 seperti ini yang hanya merosakkan imej SPRM.

    ReplyDelete
  2. Masih timbul keraguan dalam keputusan kes Teoh Beng Hock.

    ReplyDelete
  3. Betul ataupun tidak hanya mereka yang terlibat dan Allah sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  4. tindakan sewajarnya kena diambil terhdap ketiga pegawai SPRM tersebut.

    ReplyDelete
  5. Biar pun begitu mudah2an kebenaran dapat diketahui

    ReplyDelete
  6. Ini kerana tidak ada bukti yang mengatakan mereka ini bersalah terhadap kematian tersebut.

    ReplyDelete
  7. isu ini walaupun sudah selesai, akan tetap dimain2kan oleh pembangkang selagai mereka gagal merampas puterajaya..

    ReplyDelete