Friday 20 April 2012

TIBAI MAHU NYAHKAN ANWAR



TOLAK.....Matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Ketua Pembangkang dan sekutunya pada PRU13.

SEBUAH kelab terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana.

TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor.

Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar.

Katanya, pelancaran akan diadakan pada 22 April (Ahad) jam 8.00 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Majlis pelancaran itu juga akan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Antara penampilan istimewa dalam majlis pelancaran itu nanti termasuklah Umi Hafilda, Datuk Shazril Eskay Abdullah, Wee Choo Keong, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Anuar Shaari.

“Orang ramai boleh menyertai kelab ini secara bai’ah (nyatakan ketaatan dan kesetiaan). Kita tubuhkan kelab ini agar rakyat sedar dan terus menolak Anwar habis-habisan.

“Kita sedar Anwar akan kata tindakan ini tidak menguntungkan dan ia kerja Umno. Tapi kita bekas anggota pemimpin PKR akan turun sebagai task force baru dalam bentuk program seperti gerakan sumpah keramat,” katanya.

Antara yang hadir dalam sidang media itu termasuklah bekas-bekas rakan karib Anwar antaranya, Ng Lum Yong (bekas pengasas PKR), Senator Datuk Nallakaruppan, Abd Ghani Haroon (Exco Pemuda Keadilan Nasional), Wan Indera Putera (Setiausaha PKR Selangor) dan Mohd Nazmi Rosli (Setiausaha Perhubungan PKR Selangor). (Free Malaysia Today)

8 comments:

  1. Kawan boleh menjadi lawan. Dalam politik pun begitu juga..

    ReplyDelete
  2. Tibai..jangan tak tibai..kita lihat siapa yang kena.

    ReplyDelete
  3. Makin menarik..lepas ada ABU, ada TIBAI.

    ReplyDelete
  4. Mari sama2 kita TIBAI Anwar

    ReplyDelete
  5. habislah Anwar kena Tibai.

    ReplyDelete
  6. TIBAI Anwar..Memang bagus juga itu. Jangan biarkan Anwar terus melakukan fitnah terhadap Kerajaan.

    ReplyDelete
  7. popularnya Anwar.. tidak sangka ada 'peminat' dia yang sanggup buat kelab untuk dia.. tapi bukan kelab menyokong la.. haha.. TIBAI jangan tak TIBAI!!

    ReplyDelete